Thursday, August 13, 2009

Al Fatehah Buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

Aku mula mengenali arwah sejak aku di Tingkatan 2. Beliau pada ketika itu bersama kumpulan Nasyid Nada Murni. Masa tu kira underground lagi sebab irama nasyid belum mendapat tempat di arena musik Malaysia. Tiap-tiap hari minggu asrama aku akan pasang lagu-lagu daripada Kumpulan NadaMurni seperti Munajat, Rasulullah dan banyak lagi.

Kesempatan memasuki Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang mengizinkan aku bertemu muka dengan beliau dan ahli yang lain di Sg.Penchala. Masa tu itulah kawasan Al-Arqam (belum diharamkan lagi). Semasa persembahan di Dewan Jublee Intan, Muar aku masih dapat berjumpa dengan beliau dan berbual-bual mengenai latihan vokal. Katanya kalau tahu membaca Al Quran secara bertaranum, InsyaAllah semua lagu kita mampu nyanyi. Aku join jugak..tapi disebabkan main-main, aku hanya sempat belajar dua,tiga lagu je seperti Bayati Husaini, Nahwan dan apa ek lagi satu. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih mampu membaca Al Quran secara Taranum atau Tartil.

Ketika di UiTM Segamat, sekali lagi aku dan jawatankuasa menganjurkan Konsert Nasyid Rabbani dan kesempatan itu pula kumpulan aku buat persembahan Nasyid di hadapan beliau. Rasa bangga sangat sebab dia masih mengenaliku.

Arwah seorang yang tenang. Aku cukup mengagumi suaranya kerana beliau mampu membawakan tone suara yang tinggi walaupun badannya berisi. Bukan menjerit. Itulah kelebihan orang yang tahu mengaji. Kalau kat UiTM dulu aku selalu tiru suaranya bila menyanyikan lagu nasyid atau azan mahupun zikir. Alunan suaranya mampu membuatkan sesiapa menitiskan air mata dan menusuk kalbu.

Tapi ....Allah lebih sayangkannya. Pagi ini, 13 Ogos 2009 Ustaz Asri telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang pukul 11 lebih kerana serangan jantung. Aku terdiam. Kalau tak silap aku, Rabbani dan beberapa ahli kumpulan yang lain akan mengadakan konsert dalam masa terdekat. Innalillah! Begitulah, seorang demi seorang makhluk Allah yang beriman dan banyak memberikan jasanya kepada manusia lain di 'ambil' nyawanya. Wife aku yang bagitau. Dalam pendrive aku sekarang ni pun aku masih simpan lagu-lagunya dan zikir munajatnya. Sebak hati kalau aku pasang nanti. Aku pasang bila hati aku tak tenang dan ketika bawa Iman dan Sayang balik ke rumah setiap malam dari rumah mak.


Allahuakbar! Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham.Amin.

Al Fatehah...


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin