Tuesday, August 25, 2009

H1N1 punya pasal

Korang nampak ke mulut aku macamana? Menganga ke..atau tiru gaya Chef Wan! hahaha

Mangsa H1N1 meningkat ke 70 orang sekarang ini di Malaysia. Kerjaya aku memerlukan aku berinteraksi dengan ramai orang. Tidak mengira asal (Singapura, Malaysia dan kadangkala daripada luar negara seperti Indonesia), semuanya aku akan attend demi nama Nusa Idaman! Aku tak tahu samada mereka semua 'bebas' daripada sebarang penyakit atau tidak..Bukan kerana terpaksa..tetapi tugas memerlukan aku bercampur gaul dengan mereka...

Demi sayangnya aku kepada family terutama isteri dan anakku, aku kini seperti 'doktor' di ofis. Nasib baik masa aku balik YP, singgah ke Econsave dan ternampak sekotak mask 50pcs cuma berharga RM19.90 sahaja! Sebelum ni aku dengar sampai RM0.90 satu dan kalau 50, nilainya bersamaan RM45.00!! Wow..untung besar supplier topeng ni. Tanpa membuang masa aku sambar satu kotak.

Mulanya di ofis takde yang pakai kerana mungkin malu. Aku rasa ramai yang berperasaan sebegitu. Tapi bila aku start pakai..ramai pula yang ikut. Baguslah sebagai langkah berjaga-jaga. Cuma yang tak bestnya aku tak dapat menunjukkan senyuman ku kepada client. Itu aset utama. hehehe. Yang nampak cuma mata yang sepet sedikit apabila senyuman terukir di sebalik mask itu. Harap mereka faham sebutanku kerana agak terbatas pronounciation aku bila present.

Aku harap wabak ini akan cepat habis dan tidak merebak lagi. Ramai yang masih tidak sedar inilah petanda kecil akhirat. Senang je wabak ni berjangkit. iissshhh selisih betul. Mau tak takut. Sekarang ni nak bawa anak dan isteri jalan-jalan pun pikir dua tiga kali. Macamana nak beli baju raya nanti???? Yang paling risaukan si Iman tu la..Bayi lebih senang dijangkiti. So Iman..sabar ye sayang, bila dah reda nanti Papa dan Mummy bawa Iman jalan-jalan ok!

Ini sah tengah senyum sebab mata aku sepet!


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin