Friday, August 14, 2009

Muhammad Imanku sayang..


Muhammad Iman anakku...

Waktu ini kau masih disusukan oleh ibumu. Sebentar tadi kau menangis, merintih. Tanganmu ditolak-tolak. Badanmu bergerak-gerak. Kau terus menjerit. Tapi Papa dan mummy tak mengerti Sayang..Hanya yang kami tahu kau tidak sihat dan panasmu mencecah 38.7 celcius. Cukup panas pada aku untuk seorang bayi yang masih tidak mengerti apa-apa...seorang bayi yang hanya mampu menangis untuk menyampaikan hasratnya..Walaupun Papa dan Mummy tak faham, tapi kami tahu Iman tak selesa dan haus. Ini pertama kali dalam hidup Iman di dunia ini, Iman demam kan sayang? Sabarlah Iman..walau apapun yang terjadi, Papa dan Mummy ada di sisi Iman. Inilah penyakit biasa yang kau akan hadapi lagi nanti. Semua manusia akan merasainya. Sememangnya banyak penyakit di dunia ini Sayang..Janganlah kau takut dan sedih. Papa dan Mummy akan menjagamu, anakku...




Muhammad Imanku sayang,

Semalam Papa dan Mummy tidak cukup tidur kerana menjagamu. Kami tak mengeluh. Kami tak menyesal. Sememangnya inilah pengalaman pertama Papa dan Mummy mu menghadapinya. Memang agak kelam kabut dan terkejut. Papa dan Mummy ada masanya tak tau nak buat apa. Tapi Iman jangan takut, Papa dan Mummy ada Atuk, Nenek, Pakcik-Makcik dan kawan-kawan yang banyak membantu memberi pendapat. InsyaAllah Papa dan Mummy akan gunakan apa yang dipelajari. Maafkan Papa dan Mummy andainya Iman tak selesa dan terasa lambat. Kami sedaya usaha akan menjaga dan mengubati Iman. Iman jangan risau ye sayang...

Papa tak kisah membawa kau ke Klinik semalam pada pukul 12 tengah malam. Mummy sedia mengendongmu ke sana. Janganlah kau sedih dan takut.


Anakku Iman,

Apa yang kami mohon, bersabarlah Sayang. Ini semua ujian dan dugaan. hanya demam panas biasa. Papa dan Mummy tahu Iman kuat macam Papa! Iman boleh lawan sakit tu. Kalau kau nak menangis..menangislah Sayang! Asalkan kau selesa dan Papa serta Mummy tahu kau sedang tak selesa. Kita sama-sama berdoa agar Iman sihat semula dan bermain dengan kami seperti dulu. Papa tak sabar nak bacakan buku cerita kepada Iman macam hari-hari yang lalu...

Ya Allah..Aku redha dengan ujianmu ini. Namun aku memohon Kau berilah kesihatan tubuh badan kepada anakku, Muhammad Iman kerana aku lebih sayangkan keluargaku lebih daripada diriku sendiri. Kau sembuhkanlah penyakit demamnya itu Ya Allah dan janganlah dirinya diganggu oleh hasutan syaitan yang Kau rejam.Amin

Papa dan Mummy sayang Iman!


4 comments:

Mummy Dasy said...

semoga Iman cepat sembuh ye... just my two cents opinion here, apekata klu letak koolfever tu potong 2 supaya sejuknye kurang coz Daneen masa kecik macam tu kitorang buat

Hernee Nazir said...

alahai ciannye iman..sabo aeh dugaan..

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Thank you kawan-kawan bloggers. Alhamdulillah..ok dah. Mummy Dasy..xyah letak kool fever dah. pakai air rendaman bunga raya dan aloevera.Ntahla.Mak mertua yang buat.Hehehe.Cik Long. Thanks yer.

Unknown said...

alalala sian iman......semoga iman cepat sihat ye...minggu depan boleh jumpa mak ngah..:)

Blog Widget by LinkWithin