Friday, August 14, 2009

Tengah malam ke Klinik Penawar

Patutnya post ni kat bahagian blog Iman. Tapi aku masukkan je kat sini.. Sorry ye anak Papa.
Pukul 10.30pm Iman dah makin panas.Suhu mencecah 37.8 celcius. Kejap naik..kejap turun. Wife ajak balik uma mak. Aku nak bawa ke Klinik. Tapi ada ke yang buka 24 jam ni. Apa lagi..surf internet..payah tul. Last2 Saiful beritahu Klinik Penawar buka 24jam. Alhamdulillah..Siap-siap dan terus ke Taman Dahlia,Tampoi. Masa tu jam pukul 11.30 malam.

Sampai sana tak ramai orang. Doktor perempuan yang cek. Muda lagi. Keputusannya:

"Kalau ada yang demam kat rumah, kemungkinan berjangkit ni..Tapi xde apa-apala"

Mungkin juga..sebab ada yang tak sihat kat uma mak tu. Tapi apa nak buat. Sapa nak jaga Iman nanti?? Kena hantar sana gak.

Iman diberi ubat air antibiotik dan demam. Wife ajak terus ke uma mak..tapi aku tak nak. Sebab aku tengok Iman senyap je dari tadi, dan aku tak nak menyusahkan mereka malam-malam.

Sampai rumah..aku tuam kepala dan badannya. Wife bagi makan ubat. First time dalam hidup Iman makan ubat klinik. Payah gak la. Sikit-sikit bagi takut tersedak..Habis juga walaupun diselang selikan dengan susu dia. Iman tak menangis sangat. Bila susukan..diamla dia.

Sekarang pukul 1.36 pagi. Iman baru je lepas main-main ngan aku. Okey pulak. Sibuk mulut dia bising seolah-olah bercakap dan menceritakan sesuatu. Aku layankan je. Last-last dah haus..nangis.Nak susuuuuuuuu!!! Aku kejutkan Mummy untuk susukan.

Dan aku terus melayan blog dan internet kerana ada kemungkinan aku tak tidur ni..nak kena tengok Iman dan tuam tuala basah kat kepala. Minta-minta esok dan seterusnya Iman sihat..Amin. Doakan ye!

(esok aku off day..jaga Iman. Wife??? tak tau lagi)

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin