Saturday, October 10, 2009

Lagi satu jam azab akan bermula! - Bahagian 2

Maka bermulalah pengalaman pahit manis aku sepanjang malam ini..Pukul 6.10pm aku dan Shaiful serta beberapa rakan bersiap-siap. Masuk je bilik air kat Kompleks Mawar tu, aku rasa teruja.sebab besar dan ada aircond lagi. Siap dengan cermin besar untuk melaram. Biasalah bebudak yang nak buat persembahan mesti melaram kat sini dulu. Aku orang pertama yang mandi. Alamak! Air punyalah kecik sampai terpaksa menyangkung sebab tekanan air tak kuat. Jadilah...mandi koboi! Hahahaha

Masa bersiap nak pakai samping..

Tak menjadi plak ikatan bunga kat tepi tu. Last-last aku pakai macam biasa. Tapi rasa macam tak selesa dan tak hemsem. Hahahaha.Pada masa yang sama kepala boleh pening lak. Migrain kot. Sepantas kilat mintak Kak Siti,partner aku untuk bawa panadol. Rupanya dia pun dah hantam panadol 2 biji lebih awal daripada aku.Okey..setakat ini rasanya apa yang nak di cakap memang dah dalam kepala hotak aku ni. Ayah plak telefon..Time kasih ayah atas doa.

Majlis akan bermula 1 jam lagi. Aku ambil kesempatan ambik feel dan practice intro. Aku punya idea tu..Nak kasi gegaarrrr sikit. Barulah ada attention grabber. kalau daripada awal dah lembik, sure orang boring! Perut tak isi lagi ni. Komiti kata nak datang pukul 6.30 petang, tapi 7.30 malam baru sampai. Biasalah kebanyakkannya orang pempuan..so nak bersolek la gamaknya. Aku practice atas stage..bla bla bla. Adalah yang dah datang awal. Bagusla. Tapi pada masa yang sama ku still tak puas hati sebab samping aku ni. Pada aku MC kena nampak lain daripada yang lain. Alhamdulillah nasib baik ada Laila (Budak Puteri Harbour) yang turut menyanyi menegur aku. Lantas aku cuba bertanya samada dia tau ikatkan samping bunga tu. Aiiikkk dia tahu laa! Aku ajak shaiful sekali teman aku di belakang pentas untuk betulkan songket aku dengan Laila (nanti takdelah mulut busuk yang fitnah2 aku)..Wah Wah Wah..okey gak. Rupanya Lila ni dulu budak zapin..so dia taulah cara nak ikat. Tapi janggal rasanya sebab isteri yang selalui ikatkan kalau pakai. Cuma ikatan ni tak memerlukan tali pinggang..aku memang standby sebab maklumlah perut ni besar..kalau tak pakai x selesa nanti. Tapi akhirnya tak pakai jugak. So tahan nafas je la..hahahaha

Aku tengok Kak Siti pun ada sikit gelabah. Takut gak dia. Biasalah orang yang dah berpuluh2 kali naik stage pun ada masa seram gak..Aku dok mengingat point-point penting nak cakap.Aku tak suka tengok skrip walaupun Kak Siti bagi aku que card. Sebabnya nanti kita tak dapat tengok penonton dan eye contact kita tak sepenuhnya pada audien. SO macam membebel sendiri. Aku nekad. Setelah hafal. Aku renyukkan que card aku. SPONTAN TIME!!!!!

Acara dah nak bermula lagi 5 minit....So apa yang berlaku..tungguuuu!!!!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin