Sunday, October 4, 2009

Maafkan kami..teng teng teng teng

Muhammad Iman si Jantung hati!

Cantikkan baju dan songkok aji Iman..sume Mummy dia yang buat. Pandai isteri aku ni..

Mesti korang rasa macam menyampah ngan aku sebab lama gila tak update blog ni. Sorilah banyak-banyak. Line internet 3G aku ada masalah. Rasanya orang sume pun hadapi benda yang sama. Rasanya raya ke 3 tu Celcom dah start ada line problem. Langsung takde network. Gila la. Kalau ada orang dalam kecemasan tak tau nak buat macamanakan?? Aku dah komplen kat Syarikat Telco yang berkenaan. Tapi rasanya macam tu jugaklah. Last-last aku dah naik malas nak update. Lembab gila. Itulah ceritanya...
Jadi disebabkan kita masih di bulan Syawal 1430H ini, dengan ini Chitrabirue sekeluarga memohon ampun dan maaf serta Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raya tahun ini aku dan keluarga beraya di Yong Peng, Johor.(belah aku) meriahlah sebab ada Iman yang kecik tu. Hehehe. Nak cerita banyakpun sebab dah masuk pertengahan rayakan..jadi kira dah basi gila. Yang aku paling suka sebab collection Iman banyak woooo!!hahaha. Korang cepatlah mana yang belum ada baby tu..Betul! rasanya masa aku kecikpun tak dapat banyak tu. Rezeki dia. Papa ngan Mummy diapun sibuk hulur gak. So kira lebih kurangla. Aku beraya di Yong Peng sampai raya ke lima. Itupun macam tak cukup lagi. Rindu ngan famili aku sangat.Lantakla..InsyaAllah aku akan update lagi.

Jemputlah datang beraya di rumah kami!

Keluarga bahagia.Amin

Itulah adik beradik aku yang ramai. Uda je yang takde. Kacak tul aku!hahaha







0 comments:

Blog Widget by LinkWithin