Friday, October 9, 2009

Persiapan menjadi MC -Bahagian 1

Menjadi pengacara majlis adalah satu kerja yang cukup ditakuti oleh semua orang. Tugas yang perlu aku pikul pada Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEM Land 2009 bukan mudah. Aku perlu berinteraksi dengan audien biar jangan boring..dan pada masa yang sama perlu menghormati VIP dan ikut protokol sikit yang mana ada antara orang atasan yang aku kenal nama tapi x kenal muka..masak guaa!!!

Petang sebelum Majlis bermula aku dan beberapa rakan datang awal ke Dewan Hayati,Kompleks Mawar,JB. Kak Siti (Partner MC) ajak jumpa untuk in-promptu kat sana. Aku pernah sampai ke sini 3,4 tahun dulu masa member aku (skang Kapten Raja Khalil) tamat latihan Kadet Tentera (kesian dia masa tu ahli keluarganya sorang pun x dapat datang).Yang DiPertuan Agong yang datang..Sekarang aku bangga kerana di tempat yang sama Yang Di Pertuan Agong pernah berdiri dan duduk, aku juga berdiri. Bukan nak samakan level aku..tapi satu pencapaian buat aku..

Memangla orang kata baru jadi MC dah kepoh. Mau nye tak kepoh..korang cuba amik tempat aku ni, 2 hari sebelum majlis dah x lalu makan. Tetamu bukan kawan jiran ko tau..Dato' 2 pun ada..Pengarah Urusan pun ada..dah tu nak ajak diaorang join sekali apa yang ko plan macam games..nyanyi..huiisshhh..

Aku serba sedikit dah tulis draft apa yang nak cakap selepas dapat tentatif program. Meeting adalah 2 kali. Tapi partner aku suka buat prompt-tu (idea datang kat actual place nak jadi MC) So idea semua on the spot. Tengah2 rehearsal aku pk pantun nak cakap. Adalah 3 set pantun. Idea struktur speech pun aku yang plan. Kak Siti ada gak bagi tapi dia lagi banyak cakap. Katanya "aku kalau seram (takut) memang cakap banyak"..Ooooo...kantoi!

Bab Nyanyi ok. memang xde hal. Aku nyanyi lagi 'Wajah Kesayangan Hamba' untuk sesuaikan dengan Majlis..Aku tak nak nyanyi lagu raya. Tak best.nyanyi sorang2 boleh la. Cuma prepare download minus one daripada YouTube. Hehehehe.Pastu burn kat CD. Bijak tak???

Setelah hampir 3 kali rehearsal termasuk persembahan yang lain..rehearsal tamat pukul 5.00 petang. Aku tak balik umah sebab takut terlewat. Semua persiapan dah ada. Sekarang masa melepak dulu. Relax. Aku memang xnak buka balik notes speech. Sume dalam kepala. Biar 'dia' tersusun cantik. Kesempatan itu aku ambil dengan berbual-bual dengan staf lain yang memang turut sama akan mandi dan bersiap di Kompleks Mawar sahaja. Namun takut memang ada. Ayah aku siap telefon bagi perangsang dan kata-kata semangat. Ini bukan Majlis Hari Jadi..tapi Majlis UEM Land Holdings Berhad!!! So tunggu apa yang akan berlaku malam ni eh.....




0 comments:

Blog Widget by LinkWithin