Monday, December 14, 2009

Pencuri masuk rumah!

Tepat jam 6.10am wife trima call daripada Adi (Adik)..Aku dengan mamai cuba mendengar. Apa yang urgent sangat sampai 6 pagi call ni.

Rupa-rupanya rumah mak mertuaku dimasuki pencuri !

Dari tingkap inilah pencuri tu masuk!

Tu bukan kereta pencuri eh!!

Ketika kejadian hanya ada mak, ayah, adik-adik, Zura dan baby (Biras-Bini Adi) serta Kak Long dan anak-anak. Lebih kurang pukul 4.00 pagi pencuri lahanat tu (dua orang) pecah masuk melalui tingkap bilik baju dengan memotong besi tingkap. Setelah masuk pencuri masuk bilik mak yang kebetulan tidur seorang (ayah tertidur di luar). Mereka boleh pulak selongkar dengan membawa keluar laci almari mak tanpa disedari oleh mak. Siap sepahkan lagi. Bilik Kak Long berkunci. Tapi yang seramnya pencuri masuk bilik Zura yang tak terkunci. Adi (suami) berkursus di Hotal Seri Malaysia. Jadi Zura dan baby tidur rumah mak.
Pada mulanya Zura perasan pencuri tu mengambil handphone, tapi dia diam je kerana takut. Keadaan yang gelap menyebabkan pencuri tak nampak yang Zura memerhatikannya. Kali kedua pencuri tu masuk lagi dan ketika itulah Zura menjerit. Pencuri lantas melarikan diri. Ayah yang tersedar tak sempat berbuat apa-apa kerana panik.


Besi tingkap yang dah di tanggalkan.

Habis barang-barang mak. Perlahan dan cekap betul sampai tak sedar semua.

Pakai playar je ni..Dasar pencurik! Lumpuhlah anggota badan kau!


Aku dan wife bersiap dengan pantas. Sampai uma mak dah pukul 7.45am. Alhamdulilah tiada siapa yang cedera. Risaukan Zura dan baby..kesian baby Dania. Antara yang hilang 2 bentuk cincin emas mak dan handphone ayah serta Zura (baru beli tuuu!!)
Repot polis pukul 4.30 pagi..tapi sampai pukul 1.00 petang. Itupun ayah Farid (dulu Ketua Balai Desa Paya Mengkuang) telefon Balai Polis Gelang Patah. Kelam kabut diaorang datang. Apa daa.. Alah..itupun cuma buat syarat je. Bukan cek betul-betul pun.
Hmm...risau gak dengan keselamatan mereka. Ayah dah bersiap sedia takut berlaku lagi. Tak nak tulis kat sini takut pencuri tu tertengok blog aku nanti dia tahu. hahahaha. Zura dan baby balik uma maknya di Pontian. Ye lah risau.
Aku doakan biar kami semua terpelihara dan dilindungi oleh Yang Maha Esa.Amin

1 comments:

Banafsaji said...

MasyaAllah teruk betul pencuri2 ni mcm x de otak je... Pdhal Allah dh cipta manusia ni sebaik2 kejadian tp bila x pakai otak boleh jadi teruk, malah lebih teruk drp binatang. Begitulah Allah umpamakan manusia yg x nak pakai otak ni "bal hum adhal.."

Blog Widget by LinkWithin