Saturday, October 10, 2009

Lagi satu jam azab akan bermula! - Bahagian 2

Maka bermulalah pengalaman pahit manis aku sepanjang malam ini..Pukul 6.10pm aku dan Shaiful serta beberapa rakan bersiap-siap. Masuk je bilik air kat Kompleks Mawar tu, aku rasa teruja.sebab besar dan ada aircond lagi. Siap dengan cermin besar untuk melaram. Biasalah bebudak yang nak buat persembahan mesti melaram kat sini dulu. Aku orang pertama yang mandi. Alamak! Air punyalah kecik sampai terpaksa menyangkung sebab tekanan air tak kuat. Jadilah...mandi koboi! Hahahaha

Masa bersiap nak pakai samping..

Tak menjadi plak ikatan bunga kat tepi tu. Last-last aku pakai macam biasa. Tapi rasa macam tak selesa dan tak hemsem. Hahahaha.Pada masa yang sama kepala boleh pening lak. Migrain kot. Sepantas kilat mintak Kak Siti,partner aku untuk bawa panadol. Rupanya dia pun dah hantam panadol 2 biji lebih awal daripada aku.Okey..setakat ini rasanya apa yang nak di cakap memang dah dalam kepala hotak aku ni. Ayah plak telefon..Time kasih ayah atas doa.

Majlis akan bermula 1 jam lagi. Aku ambil kesempatan ambik feel dan practice intro. Aku punya idea tu..Nak kasi gegaarrrr sikit. Barulah ada attention grabber. kalau daripada awal dah lembik, sure orang boring! Perut tak isi lagi ni. Komiti kata nak datang pukul 6.30 petang, tapi 7.30 malam baru sampai. Biasalah kebanyakkannya orang pempuan..so nak bersolek la gamaknya. Aku practice atas stage..bla bla bla. Adalah yang dah datang awal. Bagusla. Tapi pada masa yang sama ku still tak puas hati sebab samping aku ni. Pada aku MC kena nampak lain daripada yang lain. Alhamdulillah nasib baik ada Laila (Budak Puteri Harbour) yang turut menyanyi menegur aku. Lantas aku cuba bertanya samada dia tau ikatkan samping bunga tu. Aiiikkk dia tahu laa! Aku ajak shaiful sekali teman aku di belakang pentas untuk betulkan songket aku dengan Laila (nanti takdelah mulut busuk yang fitnah2 aku)..Wah Wah Wah..okey gak. Rupanya Lila ni dulu budak zapin..so dia taulah cara nak ikat. Tapi janggal rasanya sebab isteri yang selalui ikatkan kalau pakai. Cuma ikatan ni tak memerlukan tali pinggang..aku memang standby sebab maklumlah perut ni besar..kalau tak pakai x selesa nanti. Tapi akhirnya tak pakai jugak. So tahan nafas je la..hahahaha

Aku tengok Kak Siti pun ada sikit gelabah. Takut gak dia. Biasalah orang yang dah berpuluh2 kali naik stage pun ada masa seram gak..Aku dok mengingat point-point penting nak cakap.Aku tak suka tengok skrip walaupun Kak Siti bagi aku que card. Sebabnya nanti kita tak dapat tengok penonton dan eye contact kita tak sepenuhnya pada audien. SO macam membebel sendiri. Aku nekad. Setelah hafal. Aku renyukkan que card aku. SPONTAN TIME!!!!!

Acara dah nak bermula lagi 5 minit....So apa yang berlaku..tungguuuu!!!!

Baca lagi “Lagi satu jam azab akan bermula! - Bahagian 2”  »»

Friday, October 9, 2009

Persiapan menjadi MC -Bahagian 1

Menjadi pengacara majlis adalah satu kerja yang cukup ditakuti oleh semua orang. Tugas yang perlu aku pikul pada Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEM Land 2009 bukan mudah. Aku perlu berinteraksi dengan audien biar jangan boring..dan pada masa yang sama perlu menghormati VIP dan ikut protokol sikit yang mana ada antara orang atasan yang aku kenal nama tapi x kenal muka..masak guaa!!!

Petang sebelum Majlis bermula aku dan beberapa rakan datang awal ke Dewan Hayati,Kompleks Mawar,JB. Kak Siti (Partner MC) ajak jumpa untuk in-promptu kat sana. Aku pernah sampai ke sini 3,4 tahun dulu masa member aku (skang Kapten Raja Khalil) tamat latihan Kadet Tentera (kesian dia masa tu ahli keluarganya sorang pun x dapat datang).Yang DiPertuan Agong yang datang..Sekarang aku bangga kerana di tempat yang sama Yang Di Pertuan Agong pernah berdiri dan duduk, aku juga berdiri. Bukan nak samakan level aku..tapi satu pencapaian buat aku..

Memangla orang kata baru jadi MC dah kepoh. Mau nye tak kepoh..korang cuba amik tempat aku ni, 2 hari sebelum majlis dah x lalu makan. Tetamu bukan kawan jiran ko tau..Dato' 2 pun ada..Pengarah Urusan pun ada..dah tu nak ajak diaorang join sekali apa yang ko plan macam games..nyanyi..huiisshhh..

Aku serba sedikit dah tulis draft apa yang nak cakap selepas dapat tentatif program. Meeting adalah 2 kali. Tapi partner aku suka buat prompt-tu (idea datang kat actual place nak jadi MC) So idea semua on the spot. Tengah2 rehearsal aku pk pantun nak cakap. Adalah 3 set pantun. Idea struktur speech pun aku yang plan. Kak Siti ada gak bagi tapi dia lagi banyak cakap. Katanya "aku kalau seram (takut) memang cakap banyak"..Ooooo...kantoi!

Bab Nyanyi ok. memang xde hal. Aku nyanyi lagi 'Wajah Kesayangan Hamba' untuk sesuaikan dengan Majlis..Aku tak nak nyanyi lagu raya. Tak best.nyanyi sorang2 boleh la. Cuma prepare download minus one daripada YouTube. Hehehehe.Pastu burn kat CD. Bijak tak???

Setelah hampir 3 kali rehearsal termasuk persembahan yang lain..rehearsal tamat pukul 5.00 petang. Aku tak balik umah sebab takut terlewat. Semua persiapan dah ada. Sekarang masa melepak dulu. Relax. Aku memang xnak buka balik notes speech. Sume dalam kepala. Biar 'dia' tersusun cantik. Kesempatan itu aku ambil dengan berbual-bual dengan staf lain yang memang turut sama akan mandi dan bersiap di Kompleks Mawar sahaja. Namun takut memang ada. Ayah aku siap telefon bagi perangsang dan kata-kata semangat. Ini bukan Majlis Hari Jadi..tapi Majlis UEM Land Holdings Berhad!!! So tunggu apa yang akan berlaku malam ni eh.....




Baca lagi “Persiapan menjadi MC -Bahagian 1”  »»

Gambar sepanjang Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEMLand Holdings Berhad 2009

Haa..kat sini aku upload dulu gambar-gambar sepanjang majlis yang mendebarkan aku tuh. Post selepas ni aku cerita pengalaman baru aku sebagai MC. Kelakar ada..baaaiiikkk punya pun ada. Hehehe. Tapi memang best! Tunggu eh.. Korang layan dulu gambar-gambar ni.

Pertandingan Teka Lagu..Kesian Perina (india yang ujung tu) habis aku suruh teka lagu raya melayu..Rajnikanth tau la dia..hehehehe

Kalau pandai carilah aku..(memang susah nak nampak sebab aku tersorok..nampak kepala je)

Ewahhh...ewah...Persembahan pembukaan!

Terima kasih kepada kakitangan Kumpulan UEM Land yang hadir..Suka korang ye makan free!! Aku yang makan laksa sepinggan je..maklumlah seram sejuk!

Kumpulan zapin sebelum bermula..

Serious je..kena formal untuk intro..K.Siti yg banyak start..

Feeling mau ada..tengah nyanyi ni..

Menyakat koboi berbaju melayu..untuk kategori best dress! Aku pun tak paham style dia ni. hehehehe

Time ni aku dah lega sebab dah habis azab jadi MC. Hahaha

Persembahan zapin daripada SK Seri Melati. Group ni yang jadi back up dancer untuk Siti Nurhaliza ke London dulu. Comel-comel!

Dengan partner MC, Kak Siti (tudung pink) dan Sales Manager aku ( Salina Abdul Karim)

Tak kuasa I !! Hehehehe.. Kak Siti yang plan shot ni..masa ni dah habis azab dah..

Belakang tu kumpulan Ghazal daripada Yayasan Warisan Johor. Merdu sungguh! Aku tak pasti masa ni aku tengah menyanyi atau membebel kat atas pentas tu..

Aku dok menyakat peserta pertandingan 'Pakaikanlah Abang Samping'.....

Bebudak zapin yang comel lote...siap zapin lagu raya lagi.

Aku menerima hadiah cenderaharati untuk Pengacara Majlis tajaan Body Shop,disampaikan oleh En.Wan Abdullah Wan Ibrahim,Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad.

Barisan Komiti yang menjayakan Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEM Land Holdings Berhad 2009. Bravo all!!! aku kat bawah tu duduk..

En.Wan Abdullah Bin Wan Ibrahim (Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad)merasmikan bersama-sama En.Razman Radzi (General Manager HR)..simbolik woo..nyalakan api pelita sesama.

Ni masa starting masuk stage. Kacak aku ngan mafla tu. Mafla yang kat leher tu aku pernah guna dan menang King of The Night Kat Melaka waktu dengan RHB Bank. Amik berkat!

"ingin ku milik kasih..ayu jelita..wajah cantik berseri..sinar cahaya.."

En.Wan pun nak usik-usik staff..sporting gak dia nih!

hinshh..hisnhh kontrol-kontrol!

Ayu(budak ofis aku) sempat nyakat aku time nyanyi.bagi bunga. Glamer rasanya..

Eh...rasa macam dah masukkan pix ni..hahaha







Baca lagi “Gambar sepanjang Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEMLand Holdings Berhad 2009”  »»

Tuesday, October 6, 2009

Bukan stakat MC, nyanyi plak!



Alamak..butterfly in my stomach dah start!!! Event tu esok. Tapi seram sejuk nak kena jadi MC dah terasa. Hahahaha. Padan muka aku. Sapa suruh cakap " nak!", kan dah kena. Yang makin jadi best nya..akulah MC dan aku juga kena perform nyanyi esok.Kuang..kuang..kuang.. Menanah la telinga orang yang datang nanti. Hehehe.Macam ni...

semalam masa meeting Manager HR cakap nak formal sikit pula. Hmmm..macamana ek. Aku nak tema santai. Relax..orang relax, aku pun tak kelam kabut. Tengoklah macamana nanti. Esok ada rehearsal pukul 11.00 pagi kat Bangunan Mawar (sapa yang nak datang tengok..bolehla kalau x malu) So most probably text lebih spontan cuma aku kena tau position mesej aku tu. Taklah terbalik-balik.

Aku rasanya pilih lagu Hail Amir, tapi bukan lagu raya. Boringla..So aku pilih lagu joget "wajah kesayangan hamba"..Amacam?? Korang pernah dengar ke? Alaa..Zahid pernah bawa lagu tu. Ada gelek-gelek sikit. Hahaha.macamana la rupa aku nanti..


Baca lagi “Bukan stakat MC, nyanyi plak!”  »»

Monday, October 5, 2009

Pesanan Buat Isteri

Dr Fadillah kata Untuk semua para isteri, bakal isteri dan jugak yg
beristeri ...bagi kaum Lelaki yang bakal memilih harap sebelum memilih
bakal-bakalnya tentukan tiada apa yang akan berlaku selepas mendirikan
mahligai hidup disamping orang yang tersayang dan semoga semuanya Sukses
hendaknya


7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadillah Kamsah )

1 .Cabar
2. Cabul
3. Celupar
4. Comot
5. Cemburu
6. Cerewet
7. Cincai



C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani
cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)
seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin
kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot.
Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje ... Ade isteri kata - mekap
untuk suami, ... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon
suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami
balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak,anak
dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi , 7C ni lambang
keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya, Berpelajaran tinggi belum
tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa suami paling
benci bila isteri cincai jaga anak,anak dah masuk longkang tapi mak dok
lepak depan tv lagi , 7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah
akhlaknya, Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita
ni insan yg mudah lupa


Article from www.syok.org

Baca lagi “Pesanan Buat Isteri”  »»

Wahai isteriku dan semua yang bergelar isteri..


Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga,
suami dan anak-2
Rugi dan binsalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan
Membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana
isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah
dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu
itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan,isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki),lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

article from www.syok.org

Baca lagi “Wahai isteriku dan semua yang bergelar isteri..”  »»

Takut dalam excited!


Takde angin..takde ribut..tiba-tiba aku dipilih sebagai host untuk Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEM Land Holdings Berhad 2009 pada hari Rabu ni (alamak..lusa la!). Majlis ni memang diadakan setiap tahun sempena hari raya. Selalunya aku akan datang untuk makan je..kali ni aku kena conduct majlis. Dulu ada artis datang seperti Ziana Zain dan Adibah Noor. Tahun ni tak taula siapa..Jangkaan dalam 300 orang akan hadir termasuk Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad, En.Wan Abdullah Wan Ibrahim. Silap silap Dato' Izzadin pun datang.Aaaarrggghhhh!!
Aku akan digandingkan dengan Kak Siti (Marketing Manager East Ledang). Kalau bagi awek muda mau kelu lidah aku. Chemistry mau ada..baru jadi. Aku suka gak jadi MC ni..maklumlah bapak aku pun kaki jadi MC gak bila ada majlis kat sekolah..Nanti orang lebih kenal aku. Harap-harap kenal sebab persembahan aku yang bagusla..bukan tergagap-gagap. Tapi semuanya aku suka bila ada perancangan yang rapi. Rehearsal akan dibuat pada Rabu petang 2.30pm. Lupa lak nak bagitau, tempat di Bangunan Mawar, Johor Bahru. Bukan setakat jadi MC, untuk acara games pun aku kena membebel. Huiissshhh..Berdebar jantung ni. Hehehe.Ada petandingan pakaian terbaik lak. Kalau aku tak jadi MC mau menang rasanya ni. Huhu. Imej kena jaga beb!
Aku mesti mau yang gempak-gempak. Rasanya untuk starting intro aku dan Kak Siti akan menyanyi lagu raya dari bawah stage sampai atas. Pastu berpantun-pantun lak. Nasib baik ble spontan (bakat keturunan)..yang lain..tungguuuuu!!! itu baru plan. Tak taula macamana nanti.
Aku harap semangat ayah aku masuk dalam badan aku ni. Biar orang akan ingat aku. Lawak mesti ada..tengoklah nanti. Ayah..doakan abang ye!
Million steps start from my first step!..InsyaAllah..
Aaaarrhhhhhh( takut lagi ler )

Baca lagi “Takut dalam excited!”  »»

Sunday, October 4, 2009

Maafkan kami..teng teng teng teng

Muhammad Iman si Jantung hati!

Cantikkan baju dan songkok aji Iman..sume Mummy dia yang buat. Pandai isteri aku ni..

Mesti korang rasa macam menyampah ngan aku sebab lama gila tak update blog ni. Sorilah banyak-banyak. Line internet 3G aku ada masalah. Rasanya orang sume pun hadapi benda yang sama. Rasanya raya ke 3 tu Celcom dah start ada line problem. Langsung takde network. Gila la. Kalau ada orang dalam kecemasan tak tau nak buat macamanakan?? Aku dah komplen kat Syarikat Telco yang berkenaan. Tapi rasanya macam tu jugaklah. Last-last aku dah naik malas nak update. Lembab gila. Itulah ceritanya...
Jadi disebabkan kita masih di bulan Syawal 1430H ini, dengan ini Chitrabirue sekeluarga memohon ampun dan maaf serta Selamat Hari Raya Aidilfitri. Raya tahun ini aku dan keluarga beraya di Yong Peng, Johor.(belah aku) meriahlah sebab ada Iman yang kecik tu. Hehehe. Nak cerita banyakpun sebab dah masuk pertengahan rayakan..jadi kira dah basi gila. Yang aku paling suka sebab collection Iman banyak woooo!!hahaha. Korang cepatlah mana yang belum ada baby tu..Betul! rasanya masa aku kecikpun tak dapat banyak tu. Rezeki dia. Papa ngan Mummy diapun sibuk hulur gak. So kira lebih kurangla. Aku beraya di Yong Peng sampai raya ke lima. Itupun macam tak cukup lagi. Rindu ngan famili aku sangat.Lantakla..InsyaAllah aku akan update lagi.

Jemputlah datang beraya di rumah kami!

Keluarga bahagia.Amin

Itulah adik beradik aku yang ramai. Uda je yang takde. Kacak tul aku!hahaha







Baca lagi “Maafkan kami..teng teng teng teng”  »»
Blog Widget by LinkWithin