Tuesday, November 20, 2012

Terima kasih mak tak biarkan aku kelaparan.

Aku memang daripada kecik suka tolong mak aku di dapur. Kalau x potong-potong bawang...aku akan cuci pinggan. Paling aku suka buat bila kemas dapur adalah waktu semua orang tidur. Jadi bila mak bangun dan ke dapur, dia akan terkejut melihat dapur dah bersih dan pinggan tersusun rapi. Satu kepuasan bila dapat buat surprise macam tu kat mak. Hehehe.ini semua juga sebab aku anak yang sulung. So kenalah tolong.

Waktu bujang semasa aku menyewa seorang diri di JB, aku lebih senang memasak daripada makan di kdai sebab aku tak suka makan sorang sorang. Kebiasaannya aku akan masak nasi goreng,bubur dan lempeng. Sebabnya makan sedikit saja sudah kenyang dan masak pun mudah. Jadi jimat dan cukupla untuk aku makan sorang.

Bila balik rumah mak,aku suka mencuba sesuatu yang baru. Pernah buat pizza dengan resepi sendiri. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri,tapi aku boleh masak dengan hanya melihat gambar makanan dan hasilnya 90% sama. Cuma selalunya aku masak untuk ahli keluarga dan jarang menjamu orang lain kerana takut citarasa berbeza. Adik adik paling suka kalau aku masak ayam bakar dengan resepi aku sendiri.

Bila berkahwin, aku dapat lihat wife lebih expert bidang pastry. Buat kek, pau dan western juga. Kadang kadang tak termakan bila selalu dibuatnya. Bakatnya mewarisi ibu mertuaku yang pakar buat kuih muih. Syukur.

Minggu lepas aku buatkan mee bandung. Bukan pakai pes mee bandung eh...buat sendiri tau guna udang kering. Superbbb!! 1st time buat. Siap bagi bos aku rasa..segan sebenarnya nak bagi sebab dia lagi expert bab masak ni, tapi bila dia kata sedap,Alhamdulillah. Boleh buat lagi.

Hari ini wife request ayam kenny rogers. Aku malas gak nak buat. Jam dah pukul 4pm. Wife balik pukul 6pm. Sempat ke?? Aahhhh buat je lah, masak pantas adalah kelebihan..jadi dalam masa dua jam aku dapat siapkan ayam panggang lada hitam, kentang putar, coleslaw dan nasi putih. Macam biasa, surpriseeee!! Terkejut dia bila balik kerja. Meja sudah terhidang siap dengan air rut bir. Aku tersenyum puas. Dapat makan sekejap saja sebab nak ambil anak-anak, malam ni sambung balik makan sambil tengok bola.

Setakat ni aku dah pernah buat ayam bakar,pizza,macaroni,spaghetti boloignese,chicken chop dan makanan biasa yang goreng-goreng

Terima kasih mak kerana ajar abang. Walau apa jua barang yang ada, insyaAllah abang mampu bantu wife masak. Kami tak akan kelaparan...



0 comments:

Blog Widget by LinkWithin