Wednesday, August 19, 2009

Aiseh,rasa macam nak demam lak

Alamak..apesal badan rasa lain macam ni?. Dua botol 100 plus aku sental. Makan tetap selera. Nasi ayam goreng gitu..Tadi training aku banyak senyap je, Selalu aku yang paling kepoh. Ramai yang perasan termasuk Mr. Tucker. Ntah..takde mood. issshhh..jangan la demam. Kalu tak okey gak esok GI KLINIK..MC! Terpaksa lah ponteng training. Aku tak sakit kepala. Badan je lemah. Macam tak selesa. Petang tadi panas sikitla. Malam ni macam ok. Tekak tak sakit. Seperti yang aku katakan tadi..badan je lemah. Mak ngan ayah dont worry eh..okey kot. Penat agaknya.
Takde mood banyak nak tulis blog. Nanti aku ok..aku sambung k.





Baca lagi “Aiseh,rasa macam nak demam lak”  »»

Monday, August 17, 2009

Iman diganggu tengah malam???



Malam tadi kami pulang ke rumah di Lima Kedai. Pada mulanya Iman ok. Kami sempat main-main dengan baby Iman. Dalam pukul 11 malam Iman start meradang. Wife beritahu Iman memandang ke satu tempat dan tiba-tiba menjerit. Aku pada mulanya ingatkan dia nak menyusu. Lalu ku buatkan susu dalam botol untuknya. Namun setelah diberikan susu masih menangis. Tapi bukan setakat menangis malahan teresak-esak. Kami tahu itu bukan tangisan biasanya. Diberi susu badan masih begitu. Dalam hati aku raa tak sedap. Wife beriya-iya ajak balik rumah mak. Aku tak nak. InsyaAllah aku cuba buat sesuatu. Wife minta telefon mak minta pendapat.

Sebelum telefon aku dokong Iman dan Iman masih menangis teresak-esak. Kadang-kadang diam..dan kadang-kadang terus menangis. Mukanya ketakutan. Aku jangkakan sesuatu cuba'bermain atau mengganggu Iman'. Lantas aku bacakan Ayatul Kursi dan Al Fatehah. Selwat seberapa banyak yang mungkin. Terdiam sekejap Iman...tak lama kemudian sambung menangis balik. Jam dah menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku nekad..

Aku minta wife ambilkan segelas air suam. Setelah mengambil wuduk, aku bacakan doa dan ayat Al Quran pada air tersebut. Pada masa yang sama Iman diam. Suasana senyap. Aku terus ambil air bacaan doa tadi dan sapukan pada kepala dan badan Iman beserta selawat. Dalah hati memohon perlindungan Allah daripada gangguan makhluk halus. Wife terus menyusukan badan Iman setelah tadi dia menolak-nolak taknak disusukan. Iman terus menyusu dan aku sapukan lagi air tadi.

Kebetulan aku belum solat Isyak. Aku terus menunaikannya dan dimulakan dengan azam yang kuat. Iman masih menyusu. Setelah solat ku bacakan Yaasin disebelah Wife dan Iman.Kami tidur dalam kedudukan melintang, berbeza dengan malam sebelumnya. Nasib baik aku pernah belajar benda-benda ni. Alhamdulillah..Iman ok. Ya Allah besarnya kuasaMu!

Kami tertidur dalam pukul 1.30 pagi. Pada pukul 4.00 pagi Iman terjaga dan nak menyusu. Kebetulan Iman kena makan ubat. So bagilah sekali. Kali ni dia dah tak menangis seperti tadi. Kerana terlalu mengantuk..kami tertidur dan Iman bermain sendirian. Kesian Iman. Nasib baik Iman tido tengah-tengah antara aku dan sayang.

Beginilah dugaan yang aku rasa semua orang pernah hadapi. Berbeza cara penerimaan. Aku tak tau adakah benar Iman di'ganggu'? atau sekadar badannya masih tak sedap kerana kesan demam hari itu..

Dan aku..bangun pagi ni je sampai sekarang..BADAN SAKIT SAKIT. Tak taulah kenapa. Minta-minta takde apa yang berlaku....


Baca lagi “Iman diganggu tengah malam???”  »»
Blog Widget by LinkWithin