Tuesday, November 20, 2012

Terima kasih mak tak biarkan aku kelaparan.

Aku memang daripada kecik suka tolong mak aku di dapur. Kalau x potong-potong bawang...aku akan cuci pinggan. Paling aku suka buat bila kemas dapur adalah waktu semua orang tidur. Jadi bila mak bangun dan ke dapur, dia akan terkejut melihat dapur dah bersih dan pinggan tersusun rapi. Satu kepuasan bila dapat buat surprise macam tu kat mak. Hehehe.ini semua juga sebab aku anak yang sulung. So kenalah tolong.

Waktu bujang semasa aku menyewa seorang diri di JB, aku lebih senang memasak daripada makan di kdai sebab aku tak suka makan sorang sorang. Kebiasaannya aku akan masak nasi goreng,bubur dan lempeng. Sebabnya makan sedikit saja sudah kenyang dan masak pun mudah. Jadi jimat dan cukupla untuk aku makan sorang.

Bila balik rumah mak,aku suka mencuba sesuatu yang baru. Pernah buat pizza dengan resepi sendiri. Bukan nak masuk bakul angkat sendiri,tapi aku boleh masak dengan hanya melihat gambar makanan dan hasilnya 90% sama. Cuma selalunya aku masak untuk ahli keluarga dan jarang menjamu orang lain kerana takut citarasa berbeza. Adik adik paling suka kalau aku masak ayam bakar dengan resepi aku sendiri.

Bila berkahwin, aku dapat lihat wife lebih expert bidang pastry. Buat kek, pau dan western juga. Kadang kadang tak termakan bila selalu dibuatnya. Bakatnya mewarisi ibu mertuaku yang pakar buat kuih muih. Syukur.

Minggu lepas aku buatkan mee bandung. Bukan pakai pes mee bandung eh...buat sendiri tau guna udang kering. Superbbb!! 1st time buat. Siap bagi bos aku rasa..segan sebenarnya nak bagi sebab dia lagi expert bab masak ni, tapi bila dia kata sedap,Alhamdulillah. Boleh buat lagi.

Hari ini wife request ayam kenny rogers. Aku malas gak nak buat. Jam dah pukul 4pm. Wife balik pukul 6pm. Sempat ke?? Aahhhh buat je lah, masak pantas adalah kelebihan..jadi dalam masa dua jam aku dapat siapkan ayam panggang lada hitam, kentang putar, coleslaw dan nasi putih. Macam biasa, surpriseeee!! Terkejut dia bila balik kerja. Meja sudah terhidang siap dengan air rut bir. Aku tersenyum puas. Dapat makan sekejap saja sebab nak ambil anak-anak, malam ni sambung balik makan sambil tengok bola.

Setakat ni aku dah pernah buat ayam bakar,pizza,macaroni,spaghetti boloignese,chicken chop dan makanan biasa yang goreng-goreng

Terima kasih mak kerana ajar abang. Walau apa jua barang yang ada, insyaAllah abang mampu bantu wife masak. Kami tak akan kelaparan...



Baca lagi “Terima kasih mak tak biarkan aku kelaparan.”  »»

Monday, December 14, 2009

Pencuri masuk rumah!

Tepat jam 6.10am wife trima call daripada Adi (Adik)..Aku dengan mamai cuba mendengar. Apa yang urgent sangat sampai 6 pagi call ni.

Rupa-rupanya rumah mak mertuaku dimasuki pencuri !

Dari tingkap inilah pencuri tu masuk!

Tu bukan kereta pencuri eh!!

Ketika kejadian hanya ada mak, ayah, adik-adik, Zura dan baby (Biras-Bini Adi) serta Kak Long dan anak-anak. Lebih kurang pukul 4.00 pagi pencuri lahanat tu (dua orang) pecah masuk melalui tingkap bilik baju dengan memotong besi tingkap. Setelah masuk pencuri masuk bilik mak yang kebetulan tidur seorang (ayah tertidur di luar). Mereka boleh pulak selongkar dengan membawa keluar laci almari mak tanpa disedari oleh mak. Siap sepahkan lagi. Bilik Kak Long berkunci. Tapi yang seramnya pencuri masuk bilik Zura yang tak terkunci. Adi (suami) berkursus di Hotal Seri Malaysia. Jadi Zura dan baby tidur rumah mak.
Pada mulanya Zura perasan pencuri tu mengambil handphone, tapi dia diam je kerana takut. Keadaan yang gelap menyebabkan pencuri tak nampak yang Zura memerhatikannya. Kali kedua pencuri tu masuk lagi dan ketika itulah Zura menjerit. Pencuri lantas melarikan diri. Ayah yang tersedar tak sempat berbuat apa-apa kerana panik.


Besi tingkap yang dah di tanggalkan.

Habis barang-barang mak. Perlahan dan cekap betul sampai tak sedar semua.

Pakai playar je ni..Dasar pencurik! Lumpuhlah anggota badan kau!


Aku dan wife bersiap dengan pantas. Sampai uma mak dah pukul 7.45am. Alhamdulilah tiada siapa yang cedera. Risaukan Zura dan baby..kesian baby Dania. Antara yang hilang 2 bentuk cincin emas mak dan handphone ayah serta Zura (baru beli tuuu!!)
Repot polis pukul 4.30 pagi..tapi sampai pukul 1.00 petang. Itupun ayah Farid (dulu Ketua Balai Desa Paya Mengkuang) telefon Balai Polis Gelang Patah. Kelam kabut diaorang datang. Apa daa.. Alah..itupun cuma buat syarat je. Bukan cek betul-betul pun.
Hmm...risau gak dengan keselamatan mereka. Ayah dah bersiap sedia takut berlaku lagi. Tak nak tulis kat sini takut pencuri tu tertengok blog aku nanti dia tahu. hahahaha. Zura dan baby balik uma maknya di Pontian. Ye lah risau.
Aku doakan biar kami semua terpelihara dan dilindungi oleh Yang Maha Esa.Amin

Baca lagi “Pencuri masuk rumah!”  »»

Friday, December 11, 2009

Adehhh...sakittt!!!


Dah dua hari aku sakit tengkuk sebelah kanan. Tegang rasanya. Dah macam-macam ubat/minyak aku letak. Tinggal minyak hitam keta ngan minyak masak je aku lum letak. Kang letak minyak lintah lain plak jadinya. Hahahaha...


Aku pun tak tau salah bantal ke..atau aku dah kena high blood pressure!!! Nauzubillah..selisih. Aku banyak kali cek, tapi doktor kata tekanan darah aku ok. So tak risau sangat la. Tapi yang aku paling perasan dan rasa macam nak karate tengkuk aku ni bila aku makan daging kambing. Hari tu hentam sate kambing 5 cucuk..ambik...setengah hari aku dongak kepala. Punyala sakit. Migrain memang ada sikit..So aku memang standby minyak kapak botol besar ngan panadol soluble dalam beg aku. Mana tau..ada masa sampai aku tak ble buka mata. (maksudnya nak tidur la..)


TERINGAT LAK..AYAH DAH GI HOSPITAL KE SET APPOINTMENT? KALAU SAYANGKAN AHLI KELUARGA...PERGI YEEE!

Baca lagi “Adehhh...sakittt!!!”  »»

Thursday, December 10, 2009

Iman dapat adik lagi

Patutla sayang ngidam macam-macam. Nak pelam laa..nak prosperity burger la..pastu tengah-tengah malam asyik nak makan. Aku memang tak suspect apa2 sebab memang tak sangka.
Semalam pagi Mummy cakap nak buat Pregnant Test. Kebetulan memang ada lagi yang dulu. So test je la. Resultnya...
MUMMY MENGANDUNG LAGIIII !!!
Sayang dah menangis. Aku tak tau tangis gembira atau takut. Tapi lebih pada takut. Aku macam biasa cool dan relax. Termenung dua-dua kat living hall..Iman baru nak masuk 6 bulan. Dalam kepala aku macam-macam pikir. Selamat ke nanti. Iman hari tu caesar..Belum cukup setahun dah ada lagi. Pastu hari tu baru habis makan pil perancang. Takut ada effect kat baby.Hmmm..macamana ek. Last-last aku amik keputusan untuk bawa wife cek di Puteri Specialist petang tu.
Setelah bawa Iman di Klinik Manisah untuk inject 6 bulan (hepatitis B) Kami terus ke Puteri bersama Iman dan Atie (adik ipar). Sampai sana budak nurse dah senyum-senyum. Cisss..
"Mengandung lagi ke kak?"
Senyum je sambil mengangguk.
Pada aku aku terima seadanya. Tapi bergantung pada keputusan doktor.
Setelah cek Doktor Noor Aini mengesahkan kandungan dah besar.Masuk 7 minggu. (wah..dah dekat 2 bulan) Rasanya Mummy hentam macam-macam makan masa 2 bulan pertama ni..yelah sebab tak tau. Then Doktor advice teruskan sebab dah besar. Risiko merbahaya kurang 1 %. Cuma penjagaan perlu rapi. Wife diberi Acid Folic seperti biasa.
Dalam perjalanan balik aku meenung ke arah Iman..
"Iman dah jadi abang tau!" Bisik aku padanya..
Kenapa ntah aku sayu masa tu. Gembira dan kasihan padanya. Papa dan Mummy janji yang kami takkan sia-siakan Iman dan akan memberi kasih sayang yang sama rata pada anak-anak kami..Amin

MINTA ADVICE PADA YANG ADA PENGALAMAN..TOLONG YE.

Baca lagi “Iman dapat adik lagi”  »»
Blog Widget by LinkWithin