Saturday, August 15, 2009

Standby kena maki ni...


Hari ni aku, Sabtu 15 Ogos 2009 aku kerja seperti biasa. Semalam tido uma mak bersama Iman dan Sayang. Nak tido uma sendiri takut Iman sakit lagi. Kalau mak ada..okeylah sikit. Kami bukan tau sangat nak buat apa.

Malam tadi Iman dah ok skit. Tido nyenyak. Alhamdulillah terima kasih Allah.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku letak tajuk atas tu???


Sebenarnya aku dah tersalah booking kan lot untuk customer aku. Lot yang dia booked that day sebenarnya dah dibooking oleh orang lain. SO kira double sales. Bukan mistake aku..silap master controll yang lupa agaknya nak update. Atau silap sales person yang tak inform. Entahla..yang pasti aku terselit kat tengah-tengah!

Nak jadi cerita bapak dia datang dan maki-maki aku di hadapan customer aku yang lain. Dahla cakap kuat-kuat..lepas tu kecoh semacam. Aku pada mulanya bersabar..last-last aku tenung dia sambil sembur ayat sikit! Baru dia cool down. (korang yang buat sales kena tau ayat-ayat Al Quran yang boleh guna) Tapi aku macam piss off juga. Mau bertumbuk. Nasib baik Hafiz ada. DIa yang tukang jawab bagi pihak aku.

Kalau nak tau tengah aku taip ni..dia satu family datang. Setelah menggunakan kepakaran aku dan hasil training COE..aku berjaya x bagi dia cancell sales dan CONVERT PADA LOT LAIN. Alhamdulillah. Kalau orang lain mau cancell bila dia start tak percaya aku. Tapi kali ni aku berjaya buat dia stay sales ngan aku.

Mudah-mudahan aku tak buat mistake macam ni lagi.Amin.

Baca lagi “Standby kena maki ni...”  »»

Friday, August 14, 2009

Muhammad Imanku sayang..


Muhammad Iman anakku...

Waktu ini kau masih disusukan oleh ibumu. Sebentar tadi kau menangis, merintih. Tanganmu ditolak-tolak. Badanmu bergerak-gerak. Kau terus menjerit. Tapi Papa dan mummy tak mengerti Sayang..Hanya yang kami tahu kau tidak sihat dan panasmu mencecah 38.7 celcius. Cukup panas pada aku untuk seorang bayi yang masih tidak mengerti apa-apa...seorang bayi yang hanya mampu menangis untuk menyampaikan hasratnya..Walaupun Papa dan Mummy tak faham, tapi kami tahu Iman tak selesa dan haus. Ini pertama kali dalam hidup Iman di dunia ini, Iman demam kan sayang? Sabarlah Iman..walau apapun yang terjadi, Papa dan Mummy ada di sisi Iman. Inilah penyakit biasa yang kau akan hadapi lagi nanti. Semua manusia akan merasainya. Sememangnya banyak penyakit di dunia ini Sayang..Janganlah kau takut dan sedih. Papa dan Mummy akan menjagamu, anakku...




Muhammad Imanku sayang,

Semalam Papa dan Mummy tidak cukup tidur kerana menjagamu. Kami tak mengeluh. Kami tak menyesal. Sememangnya inilah pengalaman pertama Papa dan Mummy mu menghadapinya. Memang agak kelam kabut dan terkejut. Papa dan Mummy ada masanya tak tau nak buat apa. Tapi Iman jangan takut, Papa dan Mummy ada Atuk, Nenek, Pakcik-Makcik dan kawan-kawan yang banyak membantu memberi pendapat. InsyaAllah Papa dan Mummy akan gunakan apa yang dipelajari. Maafkan Papa dan Mummy andainya Iman tak selesa dan terasa lambat. Kami sedaya usaha akan menjaga dan mengubati Iman. Iman jangan risau ye sayang...

Papa tak kisah membawa kau ke Klinik semalam pada pukul 12 tengah malam. Mummy sedia mengendongmu ke sana. Janganlah kau sedih dan takut.


Anakku Iman,

Apa yang kami mohon, bersabarlah Sayang. Ini semua ujian dan dugaan. hanya demam panas biasa. Papa dan Mummy tahu Iman kuat macam Papa! Iman boleh lawan sakit tu. Kalau kau nak menangis..menangislah Sayang! Asalkan kau selesa dan Papa serta Mummy tahu kau sedang tak selesa. Kita sama-sama berdoa agar Iman sihat semula dan bermain dengan kami seperti dulu. Papa tak sabar nak bacakan buku cerita kepada Iman macam hari-hari yang lalu...

Ya Allah..Aku redha dengan ujianmu ini. Namun aku memohon Kau berilah kesihatan tubuh badan kepada anakku, Muhammad Iman kerana aku lebih sayangkan keluargaku lebih daripada diriku sendiri. Kau sembuhkanlah penyakit demamnya itu Ya Allah dan janganlah dirinya diganggu oleh hasutan syaitan yang Kau rejam.Amin

Papa dan Mummy sayang Iman!


Baca lagi “Muhammad Imanku sayang..”  »»

Jadi Jaga malam..


Sekarang pukul 3.36 pagi. Mata aku tak boleh lelap sebab risaukan Iman. Tapi tadi aku cek temperature dah turun 37.7 celcius. Aku dah minta wife cuti. Kesian Sayang, asyik kena cuti je, keje menimbun kat ofis. Yelah Wife baru seminggu masuk kerja. Apalagi melambak la yang perlu disettlekan.Iman tidur nyenyak sekarang ni


Tidur dalam dakapan Mummy dia. Aku tuam kepala dia dengan air suam sejuk. InsyaAllah takde apa-apa. Maklumlah sekarang musim penyakit yang pelik-pelik. Jadi aku harap taklah sampai ke situ. Mak dan Ayah serta adik beradik lain tak yah risau. Apa-apahal abang bagitau k. Doakan yang terbaik. Minggu depan Puasa pertama kami balik..

Baca lagi “Jadi Jaga malam..”  »»

Tengah malam ke Klinik Penawar

Patutnya post ni kat bahagian blog Iman. Tapi aku masukkan je kat sini.. Sorry ye anak Papa.
Pukul 10.30pm Iman dah makin panas.Suhu mencecah 37.8 celcius. Kejap naik..kejap turun. Wife ajak balik uma mak. Aku nak bawa ke Klinik. Tapi ada ke yang buka 24 jam ni. Apa lagi..surf internet..payah tul. Last2 Saiful beritahu Klinik Penawar buka 24jam. Alhamdulillah..Siap-siap dan terus ke Taman Dahlia,Tampoi. Masa tu jam pukul 11.30 malam.

Sampai sana tak ramai orang. Doktor perempuan yang cek. Muda lagi. Keputusannya:

"Kalau ada yang demam kat rumah, kemungkinan berjangkit ni..Tapi xde apa-apala"

Mungkin juga..sebab ada yang tak sihat kat uma mak tu. Tapi apa nak buat. Sapa nak jaga Iman nanti?? Kena hantar sana gak.

Iman diberi ubat air antibiotik dan demam. Wife ajak terus ke uma mak..tapi aku tak nak. Sebab aku tengok Iman senyap je dari tadi, dan aku tak nak menyusahkan mereka malam-malam.

Sampai rumah..aku tuam kepala dan badannya. Wife bagi makan ubat. First time dalam hidup Iman makan ubat klinik. Payah gak la. Sikit-sikit bagi takut tersedak..Habis juga walaupun diselang selikan dengan susu dia. Iman tak menangis sangat. Bila susukan..diamla dia.

Sekarang pukul 1.36 pagi. Iman baru je lepas main-main ngan aku. Okey pulak. Sibuk mulut dia bising seolah-olah bercakap dan menceritakan sesuatu. Aku layankan je. Last-last dah haus..nangis.Nak susuuuuuuuu!!! Aku kejutkan Mummy untuk susukan.

Dan aku terus melayan blog dan internet kerana ada kemungkinan aku tak tidur ni..nak kena tengok Iman dan tuam tuala basah kat kepala. Minta-minta esok dan seterusnya Iman sihat..Amin. Doakan ye!

(esok aku off day..jaga Iman. Wife??? tak tau lagi)

Baca lagi “Tengah malam ke Klinik Penawar”  »»

Thursday, August 13, 2009

Al Fatehah Buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

Aku mula mengenali arwah sejak aku di Tingkatan 2. Beliau pada ketika itu bersama kumpulan Nasyid Nada Murni. Masa tu kira underground lagi sebab irama nasyid belum mendapat tempat di arena musik Malaysia. Tiap-tiap hari minggu asrama aku akan pasang lagu-lagu daripada Kumpulan NadaMurni seperti Munajat, Rasulullah dan banyak lagi.

Kesempatan memasuki Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang mengizinkan aku bertemu muka dengan beliau dan ahli yang lain di Sg.Penchala. Masa tu itulah kawasan Al-Arqam (belum diharamkan lagi). Semasa persembahan di Dewan Jublee Intan, Muar aku masih dapat berjumpa dengan beliau dan berbual-bual mengenai latihan vokal. Katanya kalau tahu membaca Al Quran secara bertaranum, InsyaAllah semua lagu kita mampu nyanyi. Aku join jugak..tapi disebabkan main-main, aku hanya sempat belajar dua,tiga lagu je seperti Bayati Husaini, Nahwan dan apa ek lagi satu. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih mampu membaca Al Quran secara Taranum atau Tartil.

Ketika di UiTM Segamat, sekali lagi aku dan jawatankuasa menganjurkan Konsert Nasyid Rabbani dan kesempatan itu pula kumpulan aku buat persembahan Nasyid di hadapan beliau. Rasa bangga sangat sebab dia masih mengenaliku.

Arwah seorang yang tenang. Aku cukup mengagumi suaranya kerana beliau mampu membawakan tone suara yang tinggi walaupun badannya berisi. Bukan menjerit. Itulah kelebihan orang yang tahu mengaji. Kalau kat UiTM dulu aku selalu tiru suaranya bila menyanyikan lagu nasyid atau azan mahupun zikir. Alunan suaranya mampu membuatkan sesiapa menitiskan air mata dan menusuk kalbu.

Tapi ....Allah lebih sayangkannya. Pagi ini, 13 Ogos 2009 Ustaz Asri telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang pukul 11 lebih kerana serangan jantung. Aku terdiam. Kalau tak silap aku, Rabbani dan beberapa ahli kumpulan yang lain akan mengadakan konsert dalam masa terdekat. Innalillah! Begitulah, seorang demi seorang makhluk Allah yang beriman dan banyak memberikan jasanya kepada manusia lain di 'ambil' nyawanya. Wife aku yang bagitau. Dalam pendrive aku sekarang ni pun aku masih simpan lagu-lagunya dan zikir munajatnya. Sebak hati kalau aku pasang nanti. Aku pasang bila hati aku tak tenang dan ketika bawa Iman dan Sayang balik ke rumah setiap malam dari rumah mak.


Allahuakbar! Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham.Amin.

Al Fatehah...


Baca lagi “Al Fatehah Buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani”  »»

Wednesday, August 12, 2009

Manusia ke apa kau ni??

Aku takde mood hari ni. Baru tadi ada satu client datang..MARAH MARAH! Mula-mula aku layan gak. Last-last aku ketap gigi sambil tenung dia! sikit pun mata aku tak beralih..Agaknya dia perasan last-last dia blah..

Takde mood nak cerita..nanti aku dah cool aku story kat sini.

Baca lagi “Manusia ke apa kau ni??”  »»

Presenting..Nusa Idaman!

Inilah pintu masuk ke ofis aku.Nusa Idaman

Setelah hampir 3 tahun aku kerja, kali ni aku nak share pasal ofis tempat aku kerja. Aku kerja di Nusa Idaman. Satu projek Perumahan dibangunkan oleh Nusajaya Development Sdn.Bhd. Anak syarikat UEM Land Berhad. Kawasan ni berdekatan dengan Afiat Healthpark,Medical Park-(please refer www.nusajayacity.com)-credit to Puan Yazidah sebab betulkan informasi ini.Salah satu komponen yang ada adalah Columbia Asia Hospital di 2nd Link,Johor Bahru

Aku suka kerja sini. Aku belajar banyak benda. Kalau ditakdirkan aku keluar dari sini, aku rasa confident dan banyak ilmu yang aku dapat. Yelah belajar melalui pengalaman. Tugas aku sebagai Penasihat dan Perunding bagi orang yang kat luar tu untuk mendapatkan Rumah Idaman mereka di sini. Kalau tengok harga memanglah takut..tapi kelebihan yang ada kat sini tak setanding yang ada di Johor Bahru ni. Betul. Korang try lah datang sini.

NUSA IDAMAN..HILLSIDE RESIDENCE!

InsyaAllah aku akan masukkan informasi dan gambar-gambar rumah yang ada kat sini. Mana tau korang nak beli..kan kan??

Haa..inilah meja aku..

Information counter

Inilah bahagian dalam ofis aku.

Bahagian diskusi..banyak orang yang dah beli rumah pernah duduk sini.

Baca lagi “Presenting..Nusa Idaman!”  »»

Tuesday, August 11, 2009

Lupe lak minta maaf


AMPUN..AMPUN DAN AMPUN!

Banyak kali dah minta maaf. Tak taulah nak maafkan ke tak? Pada Anjut yang bagi something untuk aku buat (bagi tag kot)-nanti abang Azam try buat, dan pada semua yang dah boring masuk blog aku ataupun boring tengok asik tukar template jek...

First aku bz gila sebab skang dah balik uma sendiri. Jadi kenalah menjadi JAGA sebab tolong Mummy jaga Iman. Kalau kat kampung ada Atie dan Ani. Ble gak aku curik tulang bila kena buai Iman.Hehehe. Tapi dah duk 3 orang kat uma ni, maka takde kerja lain yang mampu aku buat melainkan menyusukan Iman, membasuh baju, buai Iman dan sebagainya. Tolonglah mana yang boleh sebab kesian kat Mummy gak..penat. Tapi selalunya bila tugas menyusu aku cukup suka sebab akux dapek nak susukan Iman. Hehehe.Mana ada susu badan. Dalam pukul 11 dah tido.malam ni cilok masa sikit. Sebab pagi pukul 6.00 dah bangun sebab sekarang nak kena 'sediakan' Iman juga. ganti diaper dia sebelum kuar rumah..Mummy nak susukan dia lagi. dan aku kemas uma apa yang patut. Aku tak suka berselerak.

Training pula berlambak..kerja lagik! Aaaarrrggghhhh

Last sekali..aku tukar template sebab wordpress yang aku guna untuk template lama tu LEMBAB gila!! Aku sendiri nak update pun susah. Kira average la..rasanya semua orang pun susah nak access. sebab tu aku tukar pada yang standard dan senang nak access..Korang jangan marah eh!!

Baca lagi “Lupe lak minta maaf”  »»

Training lagi....


Semalam, hari Isnin 10 Ogos 2009 aku dan kengkawan yang lain ada training lagi. Cuma kali ni di ofis je. Task kali ni kena buat presentation at actual site. Training dikendalikan oleh Mr. Tucker (Nama sebenar dia Mustak daripada Farooq Consultant. Nak ikutkan ini training yang ke berapa ek..ke 7 kot! Banyak..kira ni sambungannya la. Training ini di bawah tajuk 'Culture of Execellence'. Memang bagus dan efektif. Banyak yang aku belajar.

Pagi-pagi sempat ambil gambar dengan beberapa staff. Maklumlah suit ditaja oleh UEMLAND BERHAD dan inilah first time aku memakai suit yang berharga lebih kurang RM500.00. (kira paling mahallah) Suit ni akan terus menjadi hakmilik aku..hehehe rasanyala. THANK YOU for those yang give this brilliant idea..merasa gak aku!

Dari kiri, Puan Yazidah,(Mktg. Manager), Pn. Salina,(Senior Executive), Mr. Tucker,(Trainor) dan yang sebelah tu aku la..



Kali ni kami kena buat role play sepanjang hari. How to greet client, how to attract people in first meet dan macam-macam lagi. Yang paling best makan FREE!! hehehe tu yang syok. Training berakhir pukul 6.00 petang. Aku bergegas balik sebab wife telefon beritahu Iman buang air besar bercampur lendir darah sedikit. Further news aku akan update.


Baca lagi “Training lagi....”  »»
Blog Widget by LinkWithin