Monday, December 14, 2009

Pencuri masuk rumah!

Tepat jam 6.10am wife trima call daripada Adi (Adik)..Aku dengan mamai cuba mendengar. Apa yang urgent sangat sampai 6 pagi call ni.

Rupa-rupanya rumah mak mertuaku dimasuki pencuri !

Dari tingkap inilah pencuri tu masuk!

Tu bukan kereta pencuri eh!!

Ketika kejadian hanya ada mak, ayah, adik-adik, Zura dan baby (Biras-Bini Adi) serta Kak Long dan anak-anak. Lebih kurang pukul 4.00 pagi pencuri lahanat tu (dua orang) pecah masuk melalui tingkap bilik baju dengan memotong besi tingkap. Setelah masuk pencuri masuk bilik mak yang kebetulan tidur seorang (ayah tertidur di luar). Mereka boleh pulak selongkar dengan membawa keluar laci almari mak tanpa disedari oleh mak. Siap sepahkan lagi. Bilik Kak Long berkunci. Tapi yang seramnya pencuri masuk bilik Zura yang tak terkunci. Adi (suami) berkursus di Hotal Seri Malaysia. Jadi Zura dan baby tidur rumah mak.
Pada mulanya Zura perasan pencuri tu mengambil handphone, tapi dia diam je kerana takut. Keadaan yang gelap menyebabkan pencuri tak nampak yang Zura memerhatikannya. Kali kedua pencuri tu masuk lagi dan ketika itulah Zura menjerit. Pencuri lantas melarikan diri. Ayah yang tersedar tak sempat berbuat apa-apa kerana panik.


Besi tingkap yang dah di tanggalkan.

Habis barang-barang mak. Perlahan dan cekap betul sampai tak sedar semua.

Pakai playar je ni..Dasar pencurik! Lumpuhlah anggota badan kau!


Aku dan wife bersiap dengan pantas. Sampai uma mak dah pukul 7.45am. Alhamdulilah tiada siapa yang cedera. Risaukan Zura dan baby..kesian baby Dania. Antara yang hilang 2 bentuk cincin emas mak dan handphone ayah serta Zura (baru beli tuuu!!)
Repot polis pukul 4.30 pagi..tapi sampai pukul 1.00 petang. Itupun ayah Farid (dulu Ketua Balai Desa Paya Mengkuang) telefon Balai Polis Gelang Patah. Kelam kabut diaorang datang. Apa daa.. Alah..itupun cuma buat syarat je. Bukan cek betul-betul pun.
Hmm...risau gak dengan keselamatan mereka. Ayah dah bersiap sedia takut berlaku lagi. Tak nak tulis kat sini takut pencuri tu tertengok blog aku nanti dia tahu. hahahaha. Zura dan baby balik uma maknya di Pontian. Ye lah risau.
Aku doakan biar kami semua terpelihara dan dilindungi oleh Yang Maha Esa.Amin

Baca lagi “Pencuri masuk rumah!”  »»

Friday, December 11, 2009

Adehhh...sakittt!!!


Dah dua hari aku sakit tengkuk sebelah kanan. Tegang rasanya. Dah macam-macam ubat/minyak aku letak. Tinggal minyak hitam keta ngan minyak masak je aku lum letak. Kang letak minyak lintah lain plak jadinya. Hahahaha...


Aku pun tak tau salah bantal ke..atau aku dah kena high blood pressure!!! Nauzubillah..selisih. Aku banyak kali cek, tapi doktor kata tekanan darah aku ok. So tak risau sangat la. Tapi yang aku paling perasan dan rasa macam nak karate tengkuk aku ni bila aku makan daging kambing. Hari tu hentam sate kambing 5 cucuk..ambik...setengah hari aku dongak kepala. Punyala sakit. Migrain memang ada sikit..So aku memang standby minyak kapak botol besar ngan panadol soluble dalam beg aku. Mana tau..ada masa sampai aku tak ble buka mata. (maksudnya nak tidur la..)


TERINGAT LAK..AYAH DAH GI HOSPITAL KE SET APPOINTMENT? KALAU SAYANGKAN AHLI KELUARGA...PERGI YEEE!

Baca lagi “Adehhh...sakittt!!!”  »»

Thursday, December 10, 2009

Iman dapat adik lagi

Patutla sayang ngidam macam-macam. Nak pelam laa..nak prosperity burger la..pastu tengah-tengah malam asyik nak makan. Aku memang tak suspect apa2 sebab memang tak sangka.
Semalam pagi Mummy cakap nak buat Pregnant Test. Kebetulan memang ada lagi yang dulu. So test je la. Resultnya...
MUMMY MENGANDUNG LAGIIII !!!
Sayang dah menangis. Aku tak tau tangis gembira atau takut. Tapi lebih pada takut. Aku macam biasa cool dan relax. Termenung dua-dua kat living hall..Iman baru nak masuk 6 bulan. Dalam kepala aku macam-macam pikir. Selamat ke nanti. Iman hari tu caesar..Belum cukup setahun dah ada lagi. Pastu hari tu baru habis makan pil perancang. Takut ada effect kat baby.Hmmm..macamana ek. Last-last aku amik keputusan untuk bawa wife cek di Puteri Specialist petang tu.
Setelah bawa Iman di Klinik Manisah untuk inject 6 bulan (hepatitis B) Kami terus ke Puteri bersama Iman dan Atie (adik ipar). Sampai sana budak nurse dah senyum-senyum. Cisss..
"Mengandung lagi ke kak?"
Senyum je sambil mengangguk.
Pada aku aku terima seadanya. Tapi bergantung pada keputusan doktor.
Setelah cek Doktor Noor Aini mengesahkan kandungan dah besar.Masuk 7 minggu. (wah..dah dekat 2 bulan) Rasanya Mummy hentam macam-macam makan masa 2 bulan pertama ni..yelah sebab tak tau. Then Doktor advice teruskan sebab dah besar. Risiko merbahaya kurang 1 %. Cuma penjagaan perlu rapi. Wife diberi Acid Folic seperti biasa.
Dalam perjalanan balik aku meenung ke arah Iman..
"Iman dah jadi abang tau!" Bisik aku padanya..
Kenapa ntah aku sayu masa tu. Gembira dan kasihan padanya. Papa dan Mummy janji yang kami takkan sia-siakan Iman dan akan memberi kasih sayang yang sama rata pada anak-anak kami..Amin

MINTA ADVICE PADA YANG ADA PENGALAMAN..TOLONG YE.

Baca lagi “Iman dapat adik lagi”  »»

Wednesday, December 9, 2009

Makin bertambah nampaknya

Alhamdulillah..Nampaknya lepas ni aku kena bukak satu blog lagi selain blog Muhammad Iman..TUNGGUUUUU!!!

Baca lagi “Makin bertambah nampaknya”  »»

Tuesday, December 8, 2009

Semuanya tentang Iman


Baca lagi “Semuanya tentang Iman”  »»

Friday, December 4, 2009

Iman da tumbuh gigi..yeahhh!!

Malam ni Papa dan Mummy baru perasan Iman dah tumbuh gigi. Tapi masih awal la. Semua orang kata "cepatnyerr tumbuh gigi". Alhamdulillah. Patutla Iman asyik nak menggigit je. Habis jari papa dan mummy. So..family kat umah tu..tengoklah buktinya. Ini je gambar yang terbaik dapat snap. Susah tul nak ambil gambar. Hehehe.

Meradang lak dia..Asik nak pegang lens kamera je..

Nampak tak? ada dua dah..hehehe. Tak sabar nak tunggu tumbuh betul.


Baca lagi “Iman da tumbuh gigi..yeahhh!!”  »»

Tuesday, December 1, 2009

Iman sayang








Muhammad Iman dah ambil injection kali ke tiga untuk lima bulan umurnya..Nasib baik tak nangis..hehehhe. Berani betul anak Papa. Nak main je keje dia..

Baca lagi “Iman sayang”  »»

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

KAMI SEKELUARGA, AZAM, RASIDAH DAN MUHAMMAD IMAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN PADA TAHUN INI. MOGA PENGORBANAN YANG KITA LAKUKAN SECARA IKHLAS AKAN MENDAPAT GANJARAN YANG SEPATUTNYA.INSYAALLAH!

Baca lagi “SELAMAT HARI RAYA KORBAN”  »»

Sunday, November 22, 2009

Wajah Terbaru Iman

Comel tak Iman?? Dah botak..Baca lagi http://www.duniabayiku.blogspot.com/

Baca lagi “Wajah Terbaru Iman”  »»

Friday, November 20, 2009

Nak tau ending NUR KASIH???

Sinopsis

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

tadaaaaa....aku dah tau. dapat kat internet tapi english version..

'Nur spent her time with the kids at the mosque. One day, Aidil saw Nur crying, tears falling down her cheeks. Aliya went to Adam. She reminded him that she gave her consent…Aidil approached Nur telling her he’s willing to take care of her. Bewildered, Nur shook her head gently. Nur didn’t want to be in between Aidil and Aliya, so she left
for KL. Aidil and Aliya sent her to the railway station. When the train stopped, a bearded guy went down. Nur, Aidil and Aliya didn’t notice his arrival. Nur bowed and shook hands with Aidil and Aliya. Nur’s scarf blown by the wind and she went aboard the train. In the train, Nur was looking outside. Adam came beside her and greeted salaam. Nur
was surprised, looked at him, thankful and praised Allah. She knew that Adam will return to her. They hugged.'

so MACAMANA??? Dah tak surprise..hehehe.

Baca lagi “Nak tau ending NUR KASIH???”  »»

Budak tu baru call..

Napelah aku rasa macam sakit hati lak bila budak yang langgar aku tu telefon baru je ni..

"Abang, motor dah kat bengkel..Pomen suruh abang datang tengok apa yang nak ganti. Nanti kalau saya buat sendiri abang kata saya cas lebih lak.."

Perrgghhh..walaupun mesejnya biasa je (memang aku yang suruh inform) tapi hati macam sakit sebab duit kopak. Kalau RM100-RM200 aku okey lagi. Jangan sampai RM400-RM500. Memang aku pedih. Hati aku rasa macam 'AKU KE YANG BERSALAH???'..isshhhh...

Apa nak buat. Terlajak perahu boleh undur..terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut badan binasa..kerana mulut juga poket merana!

Tu lah sapa yang suruh cakap nak cover semua.

Ada idea tak macamana aku nak suruh dia bayar sendiri sebab rasanya silap sama-sama. Aaaarrggghhhh!!!!

Baca lagi “Budak tu baru call..”  »»

Kerja macam biasa

Hari ini aku kerja macam biasa. Kereta dah siap ketuk semalam. Tapi tak cat lagi. Tunggu gaji la baru cat. Hehehe. Motor budak tu aku tak tau macamana. Sampai petang semalam dia tak hantar bengkel lagi. Macam malas je nak amik tahu. Setelah menyiasat dan aku refer kat Polis Trafik yang juga merupakan customer aku, dia kata salah motor. Tapi kalau nak senang cerita..sendiri bikinla. Aku punya kereta pun banyak gak. So adil..

Entahlaa...

Baca lagi “Kerja macam biasa”  »»

Thursday, November 19, 2009

Citra accident di pagi hari !

Entah kenapa hari ini rasa tak sedap hati.

Sesaat aku hantar wife dan Kak Long, berhadapan pintu masuk Pelabuhan Tanjung Pelepas TIBA-TIBA sebuah motor aku tengok dah langgar tepi kereta aku. Lantas aku brek emergency dan aku nampak budak tu dah tergolek. Nasib baik tak langgar. Tapi macamana dia boleh langgar aku sedangkan aku dah keluar jauh. Korang tengoklah gambar bawah. Haiii...Pening aku..Sapa salah (tak tau nak jawab)

Jauhkan jarak aku langgar. Kedudukan asal aku kat belakang Hilux hitam belakang tu. Takkan aku seret sejauh tu??


Aku pantas keluar dan mengangkat budak tu yang merupakan pekerja PTP juga. Keadaan agak kecoh kerana orang baru nak masuk kerja. Aku sempat lihat wife dan Kak Long yang belum sempat masuk ke dalam Ofis berlari menuju ke arah kami. Beberapa orang Polis PTP dan aku mengangkat budak tu. Aku tengok tak de apa-apa luka. Alhamdulillah. Aku cuba confirmkan balik. Dia kata okey. Ramai orang datang. Ambulan PTP dari jauh dah kedengaran siren. MALUNYERRRR!!!!. Semua datang termasuk orang penting bahagian safety department PTP. Dahla aku sorang orang luar. Control2. Kena rilex. Cool Azam. Ada aku kena pukul kang. Yelah walaupun kalau aku betul tapi aku kat tempat dia. Wife tenung aku. Tapi mungkin sebab aku berlagak cool..semua tak tanya aku okey ke tak..yang penting..

HATI AKU SAKIT !! KETA DA TAK EMSEM..DUIT MESTI KOPAK!!

Aku tak pasti salah aku ke salah dia. Aku baru keluar nak pusing kat roundabout tu. Taklah laju..tak sampai 10km/jam. Polis PTP datang minta IC.. Dalam hati hanya mampu berdoa


Nasib aku baik lampu depan tak pecah..kalau tak mau RM600 satu set!

Ayah tengah baca mentera..urut body..mana tau baik sendiri. Hehehe

Inilah keadaan motor tu..Okey je aku tengok.

Habis motor tu aku hempap !


Waaa...tak emsem dah

Amacam?? Ada can tukar bumper pattern baru.

Minyak hitam motor tumpah..Ada kang kos dia lagi tinggi daripada aku ni kang. Dahlah tengah bulan...

Bapak budak tu (juga staff PTP) datang. Aku terus salam dan minta maaf. Nasib baik tak marah. RUpanya kawan ayah mertua gak. En. Salim. Aku explain kat dia apa yang berlaku. Anaknya juga cakap tak perasan kereta aku nak gerak. Katanya Citra aku macam nak berhenti. Tapi kalau korang tengok jarak perlanggaran daripada hadapan pintu masuk agak jauh. (ke dia yang tak perasan) Entahla.Bila macam ni masing-masing tak nak ngaku salah. Tapi walau apapun bila kereta dan motor berlanggar. KERETA tetap salah. yeke?? Hehhe

Aku ambil keputusan tak nak report polis. Bukan apa..nanti kena bayar duit report RM300 lagi. Aku punya part rasanya ketuk dan cat je. Enjin tak kena. Tapi tak tau la. Tengok bengkel cakap apa. NAsib baik aku cuti hari ni. Wife pun ambil Emergency Leave. Budak tu kata xyah gi klinik. Balik urut je. Aku suruh hantar bengkel motor yang dekat sebab bapa mertua aku kenal orang tu. Aku pun terus hantar keta ke bengkel ketuk. Rasanya dalam RM150 kena. Itu tak masuk cat lagi.

Sampai la ni aku terpikir-pikir aku ke dia yang bersalah..tapi aku dah cakap yang aku akan cover. Menyesal lak. kalau buat sendiri-sendiri kan okey.Hmmm...AAAAaarrgggghhh.

Duit...duit...!!!

Baca lagi “Citra accident di pagi hari !”  »»

Wednesday, November 18, 2009

Maafkan aku kerana melukaimu

Jam dah menunjukkan pukul 9.30am. Aaahh..aku dah lambat nak gi keje. Citra ku pecut untuk menghantar wife dan Iman ke rumah mak. Itulah rutin harian hujung mingguku. Depan Leisure Farm aku ternampak seekor anak kucing di tengah jalan melompat-lompat..Astaghfirullah..kena langgar kakinya! Aku teruskan perjalanan. Tak sampai 1 kilometer aku tak sedap hati. Kesian anak kucing tu. Citra berpatah balik. Parking tepi jalan. Aku pun mendekati anak kucing tu..

Mmmeeooooowww!! SEKALI DIA CAKAR AKU LA..Aku patah balik ke Citra. Wife cakap mungkin dia takut. Kereta lalu lalang. Aku buat bodoh je. Tapi seram jugak bila ada sebuah lori lalu. Nasib baik tak langgar. Aku cuba lagi untuk mengalihkan anak kucing tu ke tepi jalan.

TAK DAPAT NAK PEGANG!..isshhh..

last-last aku give up.Takpelah kucing..kalau ajal ko dah sampai..mati juga. Aku masuk dalam kereta. Eeehh..anak kucing tu ikut aku sambil terdengkot-dengkot dan masuk bawah keta. Alamak!! Aku dan wife turun. Sekali anak kucing tu kat belakang sport rim aku la..Aku dan wife cuba jolok guna payung..tak boleh. Anak kucing tu tak nak gerak.Takut sangat kot. Aku dah panik. Call ofis bagitau lambat.

Daripada renungan matamu aku tau kau dalam kesakitan..

Akhirnya aku call ayah walaupun malu sebab anak kucing pun tak dapat nak keluarkan. Aku risau. Kalau aku jalan mau terpusing-pusing anak kucing tu ikut tayar. Ayah sampai. Setelah mencuba..pun tak boleh. Cuba lagi dan akhirnya...MASUK BAWAH TANGKI MINYAK PULAK!! Langsung tak nampak! Ayah kata gi bengkel Erul minta naikkan keta.

Dalam perjalanan mata asyik merenung belakang kereta. Mana tau ada darah! Alhamdulillah takde. Apalah nasib kucing tu. Adalah dalam 3 kilometer ke bengkel tu.

Ayah dan pomen tengah berusaha mengeluarkan anak kucing tu dari dalam enjin

Dah godeh-godeh..dia lari gi depan lak. Masuk bawah enjin.Alamak! Pomen tu masih mencuba. Aku dan wife duk tepi. Dahla panas semacam.

Korang tengok betul-betul..mesti nampak anak kucing tu..

Dari belakang anak kucing tu berlari ke depan enjin. Aduss...lagi susah!

Ni lah dia..bukan main garang+takut anak kucing ni.

Akhirnya berjaya juga. Nasib baik tak mati. Teruk gak kaki dia. Tapi still garang macam tadi. Aku tak tau mana pomen tu letak anak kucing tu sebab aku dah bergerak ke rumah mak dan terus ke tempat keje. Kepada anak kucing tu..maafkan aku!

Namun mungkin niat baikku hendak menolong anak kucing tu. Hari tu aku dapat 2 customer beli rumah RM350,000 dan 303,000. Alhamdulillah! Aku doakan anak kucing tu diselamatkan oleh orang yang lebih berani.Hehehe

Baca lagi “Maafkan aku kerana melukaimu”  »»

Tuesday, November 17, 2009

Iman ketawa..hehehehe

Blog ini aku mulakan balik dengan klip video Iman..ketawa melekek-lekek..hehhee.sukalah tu. Mak ngah ayah sure geram nih. Iman dah pandai buat pusingan 360.bergolek-golek..Tunggula raya haji kami balik Yong Peng. Apapun maaf kalau video ni kurang kualitinya sebab shoot guna handphone.

video

Baca lagi “Iman ketawa..hehehehe”  »»

Wednesday, October 28, 2009

Dapat Canon DSLR 1000D..TQ Sayang

Dulu masa kecik bila ayah aku tanya nak hadiah apa? aku mesti jawab kamera. Pastu mak aku pelik..Nak buat apa kamera?? Aku jawab aku suka mengabadikan sesuatu yang cantik! dengan itu juga aku dapat tunjuk kreativiti aku dengan hasil gambarnya nanti. Gambar adalah sesuatu yang kaku tetapi mengandungi 1001 cerita..

Alhamdulillah..di hari Anniversary kami yang ke tiga, wife menghadiahkan aku kamera CANON DSLR 1000D. Macam tak caye. Lama dia simpan duit, rupanya nak belikan aku hadiah tu. Thanks sayang..

Aku bukanlah expert sangat. Tapi keinginan untuk belajar meluap-luap. Mana tau 1 hari nanti aku boleh buat bisnes dengan camera ni...

Inilah Canon DSLR 1000D !

Poyo je lebih...hahahaha

Antara yang aku shoot tanpa edit. Sorryla..baru nak belajar!
(Klik untuk besarkan dan lihat hasilnya..komen sikit!)






Baca lagi “Dapat Canon DSLR 1000D..TQ Sayang”  »»

Friday, October 23, 2009

Video Iman ketawa

Video ni ditujukan buat keluarga tersayang di Yong Peng yang rindukan cucu/anak saudara mereka. Ayah sampai 3 hari telefon bertanyakan Iman dan kalau boleh nak dengar suara. Manalah cucu ayah pandai cakap. So video ni abang baru ambil pada malam ini 23 Oktober 2009. Tengoklah puas-puas Iman ketawa ni..hehehehhe. Miss u all!!

video

Suka betul Iman kena geletek kat belakang badan dia dengan Papa. Mummy jadi tukang rakam. Hehehe. Kalau perasan mata dia langsung tak beralih daripada lens kamera. Huuiissshh gila glamour nih nanti.

Baca lagi “Video Iman ketawa”  »»

Sunday, October 11, 2009

Nusajaya buat open house pulak!

Catatan jadi MC buat pertama kali akan disambung nanti. Kali ni aku nak cite pasal Sambutan Hari Raya Nusajaya di Nusajaya Centre, Nusajaya.Minggu ni memang penuh dengan aktiviti memakai baju melayu.Hehehe. 3 hari lepas Majlis Malam Sinar Cahaya Aidilfitri..hari ni pulak Open House Nusajaya. Sambutan ni diadakan memandangkan raya masih ada dan sebagai menghargai pelanggan kami yang setia..ceewaahhh!

Sebagai Eksekutif Jualan Nusa Idaman, kami memang ada buka booth.Customer aku dari Singapura pun ada datang sebab nak sign Agreement dengan lawyer. Aku sampai pukul 9.00 pagi. Majlis start pukul 11.00. Sahaja datang awal.Biar senang nak prepare apa-apa. Antara menu yang dihidangkan adalah lemang,ketupat dan sate. Aku tak pandang lain selain sate dan lemang. Favourite tu!

Hensem mau ada! Hahaha. Baru customer melekat!

Inilah booth kitaorang. Gambar blur la!
Aku takde sebab amik gambar.
Amacam?? gaya anak muda. ada ke sorang makcik panggil aku adik! Aku dah ada anak sorang la.. Tapi kira bangga gak la!

Inilah Salina, Sales Manager aku. Muda lagi. Pandai buat sales dia ni!

Dari kiri; Shaiful, Salina, Aku dan Ahmoi, Irene.(Lain macam amoi ni pakai baju kurung..panas katanya!)

Melaram sebelum bekerja keras!

X banyak gambar..nanti cameraman dah upload kat web UEM, aku upload kat sini eh. Berpeluh gaklah satu hari pakai baju melayu. tapi hati aku sebenarnya teringat-ingat kat isteri dan anak. RINDU GILA! Semalam diaorang tido uma mak kat Gelang Patah. Aku sorang2 je.

Majlis tamat pukul 6.00 petang dengan hasil kutipan (hehehe) RM10 juta untuk satu hari ( Total unit tak pasti berapa ) banyak tuh! Alhamdulillah...Minta-minta berterusan sehingga selama-lamanya. Aku bergegas balik ke uma mak sebab nak jumpa isteri dan Iman! Badan memang dah penat gila ni..










Baca lagi “Nusajaya buat open house pulak!”  »»

Saturday, October 10, 2009

Lagi satu jam azab akan bermula! - Bahagian 2

Maka bermulalah pengalaman pahit manis aku sepanjang malam ini..Pukul 6.10pm aku dan Shaiful serta beberapa rakan bersiap-siap. Masuk je bilik air kat Kompleks Mawar tu, aku rasa teruja.sebab besar dan ada aircond lagi. Siap dengan cermin besar untuk melaram. Biasalah bebudak yang nak buat persembahan mesti melaram kat sini dulu. Aku orang pertama yang mandi. Alamak! Air punyalah kecik sampai terpaksa menyangkung sebab tekanan air tak kuat. Jadilah...mandi koboi! Hahahaha

Masa bersiap nak pakai samping..

Tak menjadi plak ikatan bunga kat tepi tu. Last-last aku pakai macam biasa. Tapi rasa macam tak selesa dan tak hemsem. Hahahaha.Pada masa yang sama kepala boleh pening lak. Migrain kot. Sepantas kilat mintak Kak Siti,partner aku untuk bawa panadol. Rupanya dia pun dah hantam panadol 2 biji lebih awal daripada aku.Okey..setakat ini rasanya apa yang nak di cakap memang dah dalam kepala hotak aku ni. Ayah plak telefon..Time kasih ayah atas doa.

Majlis akan bermula 1 jam lagi. Aku ambil kesempatan ambik feel dan practice intro. Aku punya idea tu..Nak kasi gegaarrrr sikit. Barulah ada attention grabber. kalau daripada awal dah lembik, sure orang boring! Perut tak isi lagi ni. Komiti kata nak datang pukul 6.30 petang, tapi 7.30 malam baru sampai. Biasalah kebanyakkannya orang pempuan..so nak bersolek la gamaknya. Aku practice atas stage..bla bla bla. Adalah yang dah datang awal. Bagusla. Tapi pada masa yang sama ku still tak puas hati sebab samping aku ni. Pada aku MC kena nampak lain daripada yang lain. Alhamdulillah nasib baik ada Laila (Budak Puteri Harbour) yang turut menyanyi menegur aku. Lantas aku cuba bertanya samada dia tau ikatkan samping bunga tu. Aiiikkk dia tahu laa! Aku ajak shaiful sekali teman aku di belakang pentas untuk betulkan songket aku dengan Laila (nanti takdelah mulut busuk yang fitnah2 aku)..Wah Wah Wah..okey gak. Rupanya Lila ni dulu budak zapin..so dia taulah cara nak ikat. Tapi janggal rasanya sebab isteri yang selalui ikatkan kalau pakai. Cuma ikatan ni tak memerlukan tali pinggang..aku memang standby sebab maklumlah perut ni besar..kalau tak pakai x selesa nanti. Tapi akhirnya tak pakai jugak. So tahan nafas je la..hahahaha

Aku tengok Kak Siti pun ada sikit gelabah. Takut gak dia. Biasalah orang yang dah berpuluh2 kali naik stage pun ada masa seram gak..Aku dok mengingat point-point penting nak cakap.Aku tak suka tengok skrip walaupun Kak Siti bagi aku que card. Sebabnya nanti kita tak dapat tengok penonton dan eye contact kita tak sepenuhnya pada audien. SO macam membebel sendiri. Aku nekad. Setelah hafal. Aku renyukkan que card aku. SPONTAN TIME!!!!!

Acara dah nak bermula lagi 5 minit....So apa yang berlaku..tungguuuu!!!!

Baca lagi “Lagi satu jam azab akan bermula! - Bahagian 2”  »»

Friday, October 9, 2009

Persiapan menjadi MC -Bahagian 1

Menjadi pengacara majlis adalah satu kerja yang cukup ditakuti oleh semua orang. Tugas yang perlu aku pikul pada Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEM Land 2009 bukan mudah. Aku perlu berinteraksi dengan audien biar jangan boring..dan pada masa yang sama perlu menghormati VIP dan ikut protokol sikit yang mana ada antara orang atasan yang aku kenal nama tapi x kenal muka..masak guaa!!!

Petang sebelum Majlis bermula aku dan beberapa rakan datang awal ke Dewan Hayati,Kompleks Mawar,JB. Kak Siti (Partner MC) ajak jumpa untuk in-promptu kat sana. Aku pernah sampai ke sini 3,4 tahun dulu masa member aku (skang Kapten Raja Khalil) tamat latihan Kadet Tentera (kesian dia masa tu ahli keluarganya sorang pun x dapat datang).Yang DiPertuan Agong yang datang..Sekarang aku bangga kerana di tempat yang sama Yang Di Pertuan Agong pernah berdiri dan duduk, aku juga berdiri. Bukan nak samakan level aku..tapi satu pencapaian buat aku..

Memangla orang kata baru jadi MC dah kepoh. Mau nye tak kepoh..korang cuba amik tempat aku ni, 2 hari sebelum majlis dah x lalu makan. Tetamu bukan kawan jiran ko tau..Dato' 2 pun ada..Pengarah Urusan pun ada..dah tu nak ajak diaorang join sekali apa yang ko plan macam games..nyanyi..huiisshhh..

Aku serba sedikit dah tulis draft apa yang nak cakap selepas dapat tentatif program. Meeting adalah 2 kali. Tapi partner aku suka buat prompt-tu (idea datang kat actual place nak jadi MC) So idea semua on the spot. Tengah2 rehearsal aku pk pantun nak cakap. Adalah 3 set pantun. Idea struktur speech pun aku yang plan. Kak Siti ada gak bagi tapi dia lagi banyak cakap. Katanya "aku kalau seram (takut) memang cakap banyak"..Ooooo...kantoi!

Bab Nyanyi ok. memang xde hal. Aku nyanyi lagi 'Wajah Kesayangan Hamba' untuk sesuaikan dengan Majlis..Aku tak nak nyanyi lagu raya. Tak best.nyanyi sorang2 boleh la. Cuma prepare download minus one daripada YouTube. Hehehehe.Pastu burn kat CD. Bijak tak???

Setelah hampir 3 kali rehearsal termasuk persembahan yang lain..rehearsal tamat pukul 5.00 petang. Aku tak balik umah sebab takut terlewat. Semua persiapan dah ada. Sekarang masa melepak dulu. Relax. Aku memang xnak buka balik notes speech. Sume dalam kepala. Biar 'dia' tersusun cantik. Kesempatan itu aku ambil dengan berbual-bual dengan staf lain yang memang turut sama akan mandi dan bersiap di Kompleks Mawar sahaja. Namun takut memang ada. Ayah aku siap telefon bagi perangsang dan kata-kata semangat. Ini bukan Majlis Hari Jadi..tapi Majlis UEM Land Holdings Berhad!!! So tunggu apa yang akan berlaku malam ni eh.....




Baca lagi “Persiapan menjadi MC -Bahagian 1”  »»

Gambar sepanjang Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEMLand Holdings Berhad 2009

Haa..kat sini aku upload dulu gambar-gambar sepanjang majlis yang mendebarkan aku tuh. Post selepas ni aku cerita pengalaman baru aku sebagai MC. Kelakar ada..baaaiiikkk punya pun ada. Hehehe. Tapi memang best! Tunggu eh.. Korang layan dulu gambar-gambar ni.

Pertandingan Teka Lagu..Kesian Perina (india yang ujung tu) habis aku suruh teka lagu raya melayu..Rajnikanth tau la dia..hehehehe

Kalau pandai carilah aku..(memang susah nak nampak sebab aku tersorok..nampak kepala je)

Ewahhh...ewah...Persembahan pembukaan!

Terima kasih kepada kakitangan Kumpulan UEM Land yang hadir..Suka korang ye makan free!! Aku yang makan laksa sepinggan je..maklumlah seram sejuk!

Kumpulan zapin sebelum bermula..

Serious je..kena formal untuk intro..K.Siti yg banyak start..

Feeling mau ada..tengah nyanyi ni..

Menyakat koboi berbaju melayu..untuk kategori best dress! Aku pun tak paham style dia ni. hehehehe

Time ni aku dah lega sebab dah habis azab jadi MC. Hahaha

Persembahan zapin daripada SK Seri Melati. Group ni yang jadi back up dancer untuk Siti Nurhaliza ke London dulu. Comel-comel!

Dengan partner MC, Kak Siti (tudung pink) dan Sales Manager aku ( Salina Abdul Karim)

Tak kuasa I !! Hehehehe.. Kak Siti yang plan shot ni..masa ni dah habis azab dah..

Belakang tu kumpulan Ghazal daripada Yayasan Warisan Johor. Merdu sungguh! Aku tak pasti masa ni aku tengah menyanyi atau membebel kat atas pentas tu..

Aku dok menyakat peserta pertandingan 'Pakaikanlah Abang Samping'.....

Bebudak zapin yang comel lote...siap zapin lagu raya lagi.

Aku menerima hadiah cenderaharati untuk Pengacara Majlis tajaan Body Shop,disampaikan oleh En.Wan Abdullah Wan Ibrahim,Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad.

Barisan Komiti yang menjayakan Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEM Land Holdings Berhad 2009. Bravo all!!! aku kat bawah tu duduk..

En.Wan Abdullah Bin Wan Ibrahim (Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad)merasmikan bersama-sama En.Razman Radzi (General Manager HR)..simbolik woo..nyalakan api pelita sesama.

Ni masa starting masuk stage. Kacak aku ngan mafla tu. Mafla yang kat leher tu aku pernah guna dan menang King of The Night Kat Melaka waktu dengan RHB Bank. Amik berkat!

"ingin ku milik kasih..ayu jelita..wajah cantik berseri..sinar cahaya.."

En.Wan pun nak usik-usik staff..sporting gak dia nih!

hinshh..hisnhh kontrol-kontrol!

Ayu(budak ofis aku) sempat nyakat aku time nyanyi.bagi bunga. Glamer rasanya..

Eh...rasa macam dah masukkan pix ni..hahaha







Baca lagi “Gambar sepanjang Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEMLand Holdings Berhad 2009”  »»
Blog Widget by LinkWithin