Monday, August 24, 2009

25 Ogos.. Birthday Aku!

Alhamdulillah..Thank you Allah kerana memanjangkan umurku untuk tahun ini dan kini aku lebih gembira kerana menyambut hari lahirku bersama keluarga yang dah bertambah seorang, anakku yang dikasihi, Muhammad Iman. Tahun ini aku sambut sederhana memandangkan birthday aku jatuh pada bulan Ramadhan. Bersyukur sangat kerana menyambut di dalam bulan yang penuh barakah ini, InsyaAllah.

Sambutan Hari Lahirku dulu masa kecik dengan adik Uda. Mak yang cun tu!

Sebenarnya hari ni kebetulan aku off day 2 hari. Walaubagaimanapun aku kena masuk ofis juga kerana ada beberapa urusan yang perlu dibuat. Antaranya appointment dengan client untuk pembelian rumah bernilai RM449,000! InsyaAllah ada rezeki aku dia beli. Aku akan post entry pasal customer tu nanti.Aku juga ada appointment dengan Pertubuhan Peladang kerana nak beli rumah kedai yang amount nya berjumlah 4.4 Juta Ringgit Malaysia. Harap aku dapat closed customer ni.Ya Allah..mudahkanlah perjalanan kerjayaku dan murahkan rezeki kami sekeluarga.Amin.

Bulan puasa ni kalau aku cuti pun tak ble buat apa kat rumah melainkan mengemas dan membuat amal sikit. So aku decide untuk masuk ofis walaupun sekejap. InsyaAllah kalau larat. Kalau tak melantak tido je lah. Hahaha.

Pasal peti sejuk aku yang dah rosak tu, wife cakap tukar je baru. issshhh..macam tukar pampers lak. Tengoklah dulu. Kalau bajet cukup..tukarlah. Ni dah nak raya. Satu benda pun tak prepare. Lebihkan pada buah hati kami yang sorang tu je. Takde masa nak gi jalan sebab dengan wabak penyakit yang macam2. Oh ye..demam aku dah kebah. Alhamdulillah bukan penyakit bahaya tu. Demam urat je kata doktor.

Kini aku dah berkeluarga dan bekerjaya..Terima kasih pada keluargaku!

Pada mak, terima kasih kerana melahirkan abang dan pada ayah terima kasih kerana mendidik abang dengan penuh tunjuk ajar. Abang tak terbalas jasa kalian.

Hanya Allah yang Mampu dan Maha Pemberi Rezeki. Amin!


5 comments:

HudaBanny said...

Alhamdulillah...
Jasa tu boleh terbalas...balas la kat adik2...huahuahuahua

m.u.m.m.y.p.i.n.k said...

ishh...sayang memain jer laa...
kan dah decide...xkan beli peti sejuk n sofa..selagi kiter xpindah umah sendiri...

shila said...

"happy birthday azam..."
semoga di murahkan rezeki dan happy selalu disamping family.
Yg ke brp ek..!
sama dgn azah ke..?

♥Hernee Nazir♥ said...

happy b'day to en.azam..smoga mnjadi papa dan hubby yg soleh dan dikurniakn chyamata lagi..lagi..dan lagi..hehehehehe

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Thanks pada semua. Rasa macam jadi bebudak balik lak..tapi tak dapat nak celebrate ngan family kat Yong Peng..Hmmm..xpela.Nanti abang balik lagi k.

Cik Long, kami pun mendoakan ko biar cepat dikurniakan cahayamata dan berkekalan bahagia.Amin

Blog Widget by LinkWithin