Friday, November 20, 2009

Budak tu baru call..

Napelah aku rasa macam sakit hati lak bila budak yang langgar aku tu telefon baru je ni..

"Abang, motor dah kat bengkel..Pomen suruh abang datang tengok apa yang nak ganti. Nanti kalau saya buat sendiri abang kata saya cas lebih lak.."

Perrgghhh..walaupun mesejnya biasa je (memang aku yang suruh inform) tapi hati macam sakit sebab duit kopak. Kalau RM100-RM200 aku okey lagi. Jangan sampai RM400-RM500. Memang aku pedih. Hati aku rasa macam 'AKU KE YANG BERSALAH???'..isshhhh...

Apa nak buat. Terlajak perahu boleh undur..terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut badan binasa..kerana mulut juga poket merana!

Tu lah sapa yang suruh cakap nak cover semua.

Ada idea tak macamana aku nak suruh dia bayar sendiri sebab rasanya silap sama-sama. Aaaarrggghhhh!!!!

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin