Monday, August 24, 2009

Semangat nak sahur..TAPI !

Sebagai ketua keluarga,aku memang bertanggungjawab untuk pastikan keluarga aku (bini aku je) untuk bangun sahur kerana nanti nak susukan Iman..susah. Jadi selalunya sebelum ni kitaorang bawa balik makanan daripada rumah mak. Tapi malam tadi tak delah pulak.

On the way nak balik rumah, wife ada tanya;

"Ada lauk tak kat umah nak sahur ni?"

"Adalah..hari tu kan B beli ayam..goreng je la", jawab aku.

Samapi rumah aku tengok, ayam dah habis rupanya. Aku jugak yang melantak.LUPA!..Nasib baik ada ayamas spicy.Alaaa goreng je la.Okeylah tu.Janji sahur.Sebelum tidur nasi sudah dimasak dahulu. Sampai dua pot kecik aku buat. Esok nak sahur banyak sikitla!

Iman bangun gak..kami biarkan dia tengok TV. hehehe SPONTAN!

Malam aku tak tidur nyenyak.Maklumlah semangat nak sahur sendiri kat uma.3.30 pagi aku terbangun..eh awal lagi. Pukul 4.30 teoat jam aku dah berbunyi. Aku bangun dengan pantas keluarkan Ayamas yang aku letak kat tempat non-freeze icebox aku. panaskan minyak dan goreng. Wife dah bangun dan membantu. Aku mengambil alih tugas menjaga Iman. Sekali bangun daa...nak ikut sahur ke Iman? Hehehe. nasib baik tak nangis. Bagi susu, kira sahur gak la. Hehehe.

Sup telur..nyum..nyum.

Nescafe tarik!

Wife masuk sekali sup telur untuk bagi kuah sikit. aku buat air nescafe tarik (my favourite)..dah siap wife panggil aku makan dulu. Tapi....aku rasa macam tak sedap la ayamas tu..aku belek-belek.LAAA....DAH BUSUK RUPANYA! hahahahha

Takde rezeki ko ayam kena makan ngan aku!

Last last kitaorang makan nasi putih ngan sup telur je. Agak tak berselera gak la. tapi demi menguatkan perutku menahan lapar,aku dan wife sental gak. Sikit je makan. lebihnya minum air je.

COCOPIE..Supplement food yang bagus waktu terdesak!

Sorrylah sayang..lepas balik keje B beli barang mentah eh. Esok kita sahur sedap-sedap.

PUASA TETAP PUASA OK!






5 comments:

Unknown said...

semangat seii sahur...
lain kali jadi mcm kak ngah ni hah....
barang dalam peti ais ben aje yg tau dah abis ke belom...kihkihkih

Anonymous said...

b..syg nak goreng telur b kater xper...lapar ker?td kater kenyang gak...
xbaik tau puase2 TIPU...

HudaAteh said...

hahahaha kantoi tipuuuu........
kak seed, tu dia nak try berdiet tu.......hahahahaha

Abang@Hubby said...

Uda: Sejak Iman ada ni, berat abang dah turun 3kg tau! Jangan jeles. So kurang makan dan barang dalam freeze memang x banyak. Malas nak masak sangat. Takde masa.Memang selalu abang yang veli barang.

Sayang:B xnak susahkan sayang. Ala..sup telur kan ada. Esok pagi sahur paprik ayam ok. Fffuuhh lapar lak

HudaAteh said...

3 kg ke 0.3kg aje..huahuahua....
tak kuase aku!...

Blog Widget by LinkWithin