Haa..kat sini aku upload dulu gambar-gambar sepanjang majlis yang mendebarkan aku tuh. Post selepas ni aku cerita pengalaman baru aku sebagai MC. Kelakar ada..baaaiiikkk punya pun ada. Hehehe. Tapi memang best! Tunggu eh.. Korang layan dulu gambar-gambar ni.
Pertandingan Teka Lagu..Kesian Perina (india yang ujung tu) habis aku suruh teka lagu raya melayu..Rajnikanth tau la dia..hehehehe
Kalau pandai carilah aku..(memang susah nak nampak sebab aku tersorok..nampak kepala je)
Ewahhh...ewah...Persembahan pembukaan!
Terima kasih kepada kakitangan Kumpulan UEM Land yang hadir..Suka korang ye makan free!! Aku yang makan laksa sepinggan je..maklumlah seram sejuk!
Kumpulan zapin sebelum bermula..
Feeling mau ada..tengah nyanyi ni..
Feeling mau ada..tengah nyanyi ni..
Menyakat koboi berbaju melayu..untuk kategori best dress! Aku pun tak paham style dia ni. hehehehe
Time ni aku dah lega sebab dah habis azab jadi MC. Hahaha
Persembahan zapin daripada SK Seri Melati. Group ni yang jadi back up dancer untuk Siti Nurhaliza ke London dulu. Comel-comel!
Dengan partner MC, Kak Siti (tudung pink) dan Sales Manager aku ( Salina Abdul Karim)
Tak kuasa I !! Hehehehe.. Kak Siti yang plan shot ni..masa ni dah habis azab dah..
Belakang tu kumpulan Ghazal daripada Yayasan Warisan Johor. Merdu sungguh! Aku tak pasti masa ni aku tengah menyanyi atau membebel kat atas pentas tu..
Aku dok menyakat peserta pertandingan 'Pakaikanlah Abang Samping'.....
Bebudak zapin yang comel lote...siap zapin lagu raya lagi.
Aku menerima hadiah cenderaharati untuk Pengacara Majlis tajaan Body Shop,disampaikan oleh En.Wan Abdullah Wan Ibrahim,Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad.
Barisan Komiti yang menjayakan Malam Sinar Cahaya Aidilfitri UEM Land Holdings Berhad 2009. Bravo all!!! aku kat bawah tu duduk..
Eh...rasa macam dah masukkan pix ni..hahaha
En.Wan Abdullah Bin Wan Ibrahim (Pengarah Urusan UEM Land Holdings Berhad)merasmikan bersama-sama En.Razman Radzi (General Manager HR)..simbolik woo..nyalakan api pelita sesama.
Ni masa starting masuk stage. Kacak aku ngan mafla tu. Mafla yang kat leher tu aku pernah guna dan menang King of The Night Kat Melaka waktu dengan RHB Bank. Amik berkat!
Ayu(budak ofis aku) sempat nyakat aku time nyanyi.bagi bunga. Glamer rasanya..
"ingin ku milik kasih..ayu jelita..wajah cantik berseri..sinar cahaya.."
hinshh..hisnhh kontrol-kontrol!
5 comments:
Tahniah. Ayah tengok gambar-gambar, tanpa disedari mengalir air mata. Entah kenapa!
dahsyat!!! tak sangka ko ada bakat..huahuahua.....anyway tahniah!!....tapi tang ko menyanyi tu org tak confius ke ko sebut "r"...huahuahuahua.......
Time kasih ayah kerana didik abang..semuanya berlaku tanpa disedari. Abang dapat conduct audien lebih kurang 300 orang. Termasuk Pengarah Urusan UEM Land Berhad..Memang mengalir dalam badan abang ni bakat ayah.hehehe
Uda..Ko memang jeles.sound system kasi ubah sikit la..baru rak dengar sangat silap tu..ala lisa surihani pelakon tu pun tak ble sebut gak!
wahaha..gler ah abg aku...yang ayh ni tetibe nak mengalir air mata pehal lak..terharu la tu..wahahaha... baru handle 300 dah nak bangga..arif selamber je handle dekat 1000 org..tadi majlis jamuan hari raya SK Ayer Hitam..'bahagian kawalan murid'..selamber je aku handle budak2..tak kecoh pun..huahuahua
Arip, x baik cakap ayah macam tu.baik ko mtk maap.Mestila ayah menangis tgk pencapaian anak2nya. Sume pun macam tu. Cuma tangisan lelaki susah nak tgk.tapi apapun tunggu video abang bawak nanti. Kompem2 ko jeles nanti..
Post a Comment