Thursday, November 19, 2009

Citra accident di pagi hari !

Entah kenapa hari ini rasa tak sedap hati.

Sesaat aku hantar wife dan Kak Long, berhadapan pintu masuk Pelabuhan Tanjung Pelepas TIBA-TIBA sebuah motor aku tengok dah langgar tepi kereta aku. Lantas aku brek emergency dan aku nampak budak tu dah tergolek. Nasib baik tak langgar. Tapi macamana dia boleh langgar aku sedangkan aku dah keluar jauh. Korang tengoklah gambar bawah. Haiii...Pening aku..Sapa salah (tak tau nak jawab)

Jauhkan jarak aku langgar. Kedudukan asal aku kat belakang Hilux hitam belakang tu. Takkan aku seret sejauh tu??


Aku pantas keluar dan mengangkat budak tu yang merupakan pekerja PTP juga. Keadaan agak kecoh kerana orang baru nak masuk kerja. Aku sempat lihat wife dan Kak Long yang belum sempat masuk ke dalam Ofis berlari menuju ke arah kami. Beberapa orang Polis PTP dan aku mengangkat budak tu. Aku tengok tak de apa-apa luka. Alhamdulillah. Aku cuba confirmkan balik. Dia kata okey. Ramai orang datang. Ambulan PTP dari jauh dah kedengaran siren. MALUNYERRRR!!!!. Semua datang termasuk orang penting bahagian safety department PTP. Dahla aku sorang orang luar. Control2. Kena rilex. Cool Azam. Ada aku kena pukul kang. Yelah walaupun kalau aku betul tapi aku kat tempat dia. Wife tenung aku. Tapi mungkin sebab aku berlagak cool..semua tak tanya aku okey ke tak..yang penting..

HATI AKU SAKIT !! KETA DA TAK EMSEM..DUIT MESTI KOPAK!!

Aku tak pasti salah aku ke salah dia. Aku baru keluar nak pusing kat roundabout tu. Taklah laju..tak sampai 10km/jam. Polis PTP datang minta IC.. Dalam hati hanya mampu berdoa


Nasib aku baik lampu depan tak pecah..kalau tak mau RM600 satu set!

Ayah tengah baca mentera..urut body..mana tau baik sendiri. Hehehe

Inilah keadaan motor tu..Okey je aku tengok.

Habis motor tu aku hempap !


Waaa...tak emsem dah

Amacam?? Ada can tukar bumper pattern baru.

Minyak hitam motor tumpah..Ada kang kos dia lagi tinggi daripada aku ni kang. Dahlah tengah bulan...

Bapak budak tu (juga staff PTP) datang. Aku terus salam dan minta maaf. Nasib baik tak marah. RUpanya kawan ayah mertua gak. En. Salim. Aku explain kat dia apa yang berlaku. Anaknya juga cakap tak perasan kereta aku nak gerak. Katanya Citra aku macam nak berhenti. Tapi kalau korang tengok jarak perlanggaran daripada hadapan pintu masuk agak jauh. (ke dia yang tak perasan) Entahla.Bila macam ni masing-masing tak nak ngaku salah. Tapi walau apapun bila kereta dan motor berlanggar. KERETA tetap salah. yeke?? Hehhe

Aku ambil keputusan tak nak report polis. Bukan apa..nanti kena bayar duit report RM300 lagi. Aku punya part rasanya ketuk dan cat je. Enjin tak kena. Tapi tak tau la. Tengok bengkel cakap apa. NAsib baik aku cuti hari ni. Wife pun ambil Emergency Leave. Budak tu kata xyah gi klinik. Balik urut je. Aku suruh hantar bengkel motor yang dekat sebab bapa mertua aku kenal orang tu. Aku pun terus hantar keta ke bengkel ketuk. Rasanya dalam RM150 kena. Itu tak masuk cat lagi.

Sampai la ni aku terpikir-pikir aku ke dia yang bersalah..tapi aku dah cakap yang aku akan cover. Menyesal lak. kalau buat sendiri-sendiri kan okey.Hmmm...AAAAaarrgggghhh.

Duit...duit...!!!

8 comments:

Mangsa Keadaan said...

Apsal xde yang kesian kat aku ni?? xde komen pun..huaaaaaa

Mohd Arzaiee & Norzitaty Rubaya said...

xpe2 aku kesian ni...sian tgk kete tu...tp xpela nsib xcedera...blind spot ase...tp pelik gk sbnrnya...si motor tu pun nk lalu kt r/bout tu ke?ke nk ke kiri??

PapaiMan said...

entahla...pening gak. tapi x ngaku salah..

Hernee Nazir said...

nsib baik the one n only female staff kt HSE dept x trun..hahahaha..

btw..ade hikmah tu..

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

Ceh Cik Long..apsal x turun. Kasi gempak sikit.

Mummy Dasy said...

nasib xde yg parah :p

Mummy Pink said...

Mummy Dasy > Alhamdulillah lah...semua ok...DUIT jer yg parah..

Hernee> Byk hikmah nyer...kene berhati2 lpas nie...

(sibuk jgk nak reply...Kay pooooH tul)

Mohd.Noor Azam bin Ateh. said...

eh...ada tukang jawab lak..balik nanti 'jaga-jaga cik seed'!

Blog Widget by LinkWithin