Friday, November 20, 2009

Nak tau ending NUR KASIH???

Sinopsis

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

tadaaaaa....aku dah tau. dapat kat internet tapi english version..

'Nur spent her time with the kids at the mosque. One day, Aidil saw Nur crying, tears falling down her cheeks. Aliya went to Adam. She reminded him that she gave her consent…Aidil approached Nur telling her he’s willing to take care of her. Bewildered, Nur shook her head gently. Nur didn’t want to be in between Aidil and Aliya, so she left
for KL. Aidil and Aliya sent her to the railway station. When the train stopped, a bearded guy went down. Nur, Aidil and Aliya didn’t notice his arrival. Nur bowed and shook hands with Aidil and Aliya. Nur’s scarf blown by the wind and she went aboard the train. In the train, Nur was looking outside. Adam came beside her and greeted salaam. Nur
was surprised, looked at him, thankful and praised Allah. She knew that Adam will return to her. They hugged.'

so MACAMANA??? Dah tak surprise..hehehe.

Baca lagi “Nak tau ending NUR KASIH???”  »»

Budak tu baru call..

Napelah aku rasa macam sakit hati lak bila budak yang langgar aku tu telefon baru je ni..

"Abang, motor dah kat bengkel..Pomen suruh abang datang tengok apa yang nak ganti. Nanti kalau saya buat sendiri abang kata saya cas lebih lak.."

Perrgghhh..walaupun mesejnya biasa je (memang aku yang suruh inform) tapi hati macam sakit sebab duit kopak. Kalau RM100-RM200 aku okey lagi. Jangan sampai RM400-RM500. Memang aku pedih. Hati aku rasa macam 'AKU KE YANG BERSALAH???'..isshhhh...

Apa nak buat. Terlajak perahu boleh undur..terlajak kata buruk padahnya. Kerana mulut badan binasa..kerana mulut juga poket merana!

Tu lah sapa yang suruh cakap nak cover semua.

Ada idea tak macamana aku nak suruh dia bayar sendiri sebab rasanya silap sama-sama. Aaaarrggghhhh!!!!

Baca lagi “Budak tu baru call..”  »»

Kerja macam biasa

Hari ini aku kerja macam biasa. Kereta dah siap ketuk semalam. Tapi tak cat lagi. Tunggu gaji la baru cat. Hehehe. Motor budak tu aku tak tau macamana. Sampai petang semalam dia tak hantar bengkel lagi. Macam malas je nak amik tahu. Setelah menyiasat dan aku refer kat Polis Trafik yang juga merupakan customer aku, dia kata salah motor. Tapi kalau nak senang cerita..sendiri bikinla. Aku punya kereta pun banyak gak. So adil..

Entahlaa...

Baca lagi “Kerja macam biasa”  »»

Thursday, November 19, 2009

Citra accident di pagi hari !

Entah kenapa hari ini rasa tak sedap hati.

Sesaat aku hantar wife dan Kak Long, berhadapan pintu masuk Pelabuhan Tanjung Pelepas TIBA-TIBA sebuah motor aku tengok dah langgar tepi kereta aku. Lantas aku brek emergency dan aku nampak budak tu dah tergolek. Nasib baik tak langgar. Tapi macamana dia boleh langgar aku sedangkan aku dah keluar jauh. Korang tengoklah gambar bawah. Haiii...Pening aku..Sapa salah (tak tau nak jawab)

Jauhkan jarak aku langgar. Kedudukan asal aku kat belakang Hilux hitam belakang tu. Takkan aku seret sejauh tu??


Aku pantas keluar dan mengangkat budak tu yang merupakan pekerja PTP juga. Keadaan agak kecoh kerana orang baru nak masuk kerja. Aku sempat lihat wife dan Kak Long yang belum sempat masuk ke dalam Ofis berlari menuju ke arah kami. Beberapa orang Polis PTP dan aku mengangkat budak tu. Aku tengok tak de apa-apa luka. Alhamdulillah. Aku cuba confirmkan balik. Dia kata okey. Ramai orang datang. Ambulan PTP dari jauh dah kedengaran siren. MALUNYERRRR!!!!. Semua datang termasuk orang penting bahagian safety department PTP. Dahla aku sorang orang luar. Control2. Kena rilex. Cool Azam. Ada aku kena pukul kang. Yelah walaupun kalau aku betul tapi aku kat tempat dia. Wife tenung aku. Tapi mungkin sebab aku berlagak cool..semua tak tanya aku okey ke tak..yang penting..

HATI AKU SAKIT !! KETA DA TAK EMSEM..DUIT MESTI KOPAK!!

Aku tak pasti salah aku ke salah dia. Aku baru keluar nak pusing kat roundabout tu. Taklah laju..tak sampai 10km/jam. Polis PTP datang minta IC.. Dalam hati hanya mampu berdoa


Nasib aku baik lampu depan tak pecah..kalau tak mau RM600 satu set!

Ayah tengah baca mentera..urut body..mana tau baik sendiri. Hehehe

Inilah keadaan motor tu..Okey je aku tengok.

Habis motor tu aku hempap !


Waaa...tak emsem dah

Amacam?? Ada can tukar bumper pattern baru.

Minyak hitam motor tumpah..Ada kang kos dia lagi tinggi daripada aku ni kang. Dahlah tengah bulan...

Bapak budak tu (juga staff PTP) datang. Aku terus salam dan minta maaf. Nasib baik tak marah. RUpanya kawan ayah mertua gak. En. Salim. Aku explain kat dia apa yang berlaku. Anaknya juga cakap tak perasan kereta aku nak gerak. Katanya Citra aku macam nak berhenti. Tapi kalau korang tengok jarak perlanggaran daripada hadapan pintu masuk agak jauh. (ke dia yang tak perasan) Entahla.Bila macam ni masing-masing tak nak ngaku salah. Tapi walau apapun bila kereta dan motor berlanggar. KERETA tetap salah. yeke?? Hehhe

Aku ambil keputusan tak nak report polis. Bukan apa..nanti kena bayar duit report RM300 lagi. Aku punya part rasanya ketuk dan cat je. Enjin tak kena. Tapi tak tau la. Tengok bengkel cakap apa. NAsib baik aku cuti hari ni. Wife pun ambil Emergency Leave. Budak tu kata xyah gi klinik. Balik urut je. Aku suruh hantar bengkel motor yang dekat sebab bapa mertua aku kenal orang tu. Aku pun terus hantar keta ke bengkel ketuk. Rasanya dalam RM150 kena. Itu tak masuk cat lagi.

Sampai la ni aku terpikir-pikir aku ke dia yang bersalah..tapi aku dah cakap yang aku akan cover. Menyesal lak. kalau buat sendiri-sendiri kan okey.Hmmm...AAAAaarrgggghhh.

Duit...duit...!!!

Baca lagi “Citra accident di pagi hari !”  »»

Wednesday, November 18, 2009

Maafkan aku kerana melukaimu

Jam dah menunjukkan pukul 9.30am. Aaahh..aku dah lambat nak gi keje. Citra ku pecut untuk menghantar wife dan Iman ke rumah mak. Itulah rutin harian hujung mingguku. Depan Leisure Farm aku ternampak seekor anak kucing di tengah jalan melompat-lompat..Astaghfirullah..kena langgar kakinya! Aku teruskan perjalanan. Tak sampai 1 kilometer aku tak sedap hati. Kesian anak kucing tu. Citra berpatah balik. Parking tepi jalan. Aku pun mendekati anak kucing tu..

Mmmeeooooowww!! SEKALI DIA CAKAR AKU LA..Aku patah balik ke Citra. Wife cakap mungkin dia takut. Kereta lalu lalang. Aku buat bodoh je. Tapi seram jugak bila ada sebuah lori lalu. Nasib baik tak langgar. Aku cuba lagi untuk mengalihkan anak kucing tu ke tepi jalan.

TAK DAPAT NAK PEGANG!..isshhh..

last-last aku give up.Takpelah kucing..kalau ajal ko dah sampai..mati juga. Aku masuk dalam kereta. Eeehh..anak kucing tu ikut aku sambil terdengkot-dengkot dan masuk bawah keta. Alamak!! Aku dan wife turun. Sekali anak kucing tu kat belakang sport rim aku la..Aku dan wife cuba jolok guna payung..tak boleh. Anak kucing tu tak nak gerak.Takut sangat kot. Aku dah panik. Call ofis bagitau lambat.

Daripada renungan matamu aku tau kau dalam kesakitan..

Akhirnya aku call ayah walaupun malu sebab anak kucing pun tak dapat nak keluarkan. Aku risau. Kalau aku jalan mau terpusing-pusing anak kucing tu ikut tayar. Ayah sampai. Setelah mencuba..pun tak boleh. Cuba lagi dan akhirnya...MASUK BAWAH TANGKI MINYAK PULAK!! Langsung tak nampak! Ayah kata gi bengkel Erul minta naikkan keta.

Dalam perjalanan mata asyik merenung belakang kereta. Mana tau ada darah! Alhamdulillah takde. Apalah nasib kucing tu. Adalah dalam 3 kilometer ke bengkel tu.

Ayah dan pomen tengah berusaha mengeluarkan anak kucing tu dari dalam enjin

Dah godeh-godeh..dia lari gi depan lak. Masuk bawah enjin.Alamak! Pomen tu masih mencuba. Aku dan wife duk tepi. Dahla panas semacam.

Korang tengok betul-betul..mesti nampak anak kucing tu..

Dari belakang anak kucing tu berlari ke depan enjin. Aduss...lagi susah!

Ni lah dia..bukan main garang+takut anak kucing ni.

Akhirnya berjaya juga. Nasib baik tak mati. Teruk gak kaki dia. Tapi still garang macam tadi. Aku tak tau mana pomen tu letak anak kucing tu sebab aku dah bergerak ke rumah mak dan terus ke tempat keje. Kepada anak kucing tu..maafkan aku!

Namun mungkin niat baikku hendak menolong anak kucing tu. Hari tu aku dapat 2 customer beli rumah RM350,000 dan 303,000. Alhamdulillah! Aku doakan anak kucing tu diselamatkan oleh orang yang lebih berani.Hehehe

Baca lagi “Maafkan aku kerana melukaimu”  »»

Tuesday, November 17, 2009

Iman ketawa..hehehehe

Blog ini aku mulakan balik dengan klip video Iman..ketawa melekek-lekek..hehhee.sukalah tu. Mak ngah ayah sure geram nih. Iman dah pandai buat pusingan 360.bergolek-golek..Tunggula raya haji kami balik Yong Peng. Apapun maaf kalau video ni kurang kualitinya sebab shoot guna handphone.

Baca lagi “Iman ketawa..hehehehe”  »»
Blog Widget by LinkWithin